Langkau ke kandungan utama

Entah apa aku mahu tajukkan entri ini. Nanti-nantilah!


Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Dan di waktu-waktu kau dalam kesakitan, kau pasti akan lebih teringat signal Tuhan tentang kematian. Bibir kau akan tdak terhenti-henti menyebut namaNya. Dan apabila kau terasa bibir kau sudah letih dan kejang, kau akan berzikir dan beristighfar dalam hati pula.

Pada waktu itu, kau akan minta doa supaya cepat-cepat sembuh dan engkau pun berjanji dengan Tuhan, dengan diri sendiri akan akan sedaya upaya mencuba untuk menjadi hambaNya yang paling baik dan taat.

Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Jarum jam terasa merangkak-rangkak berputaran dan hari-hari terasa sangat panjang. Kemudian, ingatan kau akan merangkak-rangkak ke zaman silam. Mengenang kesilapan, kealpaan atau kesengajaan (barangkali kesengalan) kejahatan yang pernah kau buat bukan? Perasaan berdosa pun datang bertimpa-timpa dan kau mula teringat tentang neraka dan siksa kubur yang pernah kau dengar melalui ceramah-ceramah atau kuliah dari mana-mana sumber yang pernah kau berada di dalamnya.

Pada minggu itu, kau haramkan diri kau mengadap pc atau tv atau membaca surat khabar arus perdana. Apabila kembali sihat sedikit kau kembali ke tabiat lama. Kembali ke rutin biasa,di mana kau perlu kembali menyediakan kopi untuk dia dan mengemas apa-apa yang patut.

Bosan weh! Berbaring lama-lama di katil. Terkedang sambil melihat siling berwarna putih kusam, kipas dibedaki habuk multi halus berputaran dan kau perasan cicak-cicak di siling berlari-lari sambil mengejek-ngejek “Padan, hari ni jika kami berak di atas muka, kau tak boleh nak berbuat apa-apa”

Dan kau pun berdialog dengan cicak-cicak” Bila aku sihat nanti, siaplah kau!” Penuh dendam kesumat. ha!ha!.

Dan apabila kau terasa sihat sedikit, kau pun mula mencari remote control. Menekan punat dan segala butang mencari saluran tv kesukaan.

Wah! Kau sudah dapat PM baharu?” Apa kau peduli, sedikit pun kau tidak berasa teruja.

Kemudian kau belek-belek akhbar arus perdana dan seperti biasa dipenuhi berita cerita politik yang memualkan. Kemudian mata kau terpaku pada tajuk satu laporan mual lagi meloyakan.

“Gambar bogel tanda setia bawa padah”
“Seorang perempuan diugut teman lelaki kerana mengirim MMS gambar bogelnya....bla bla..bla...”


“Bodoh, bengong! Tanda setia konon. Ape hal le ko bodoh sangat Minah ooi?” Kau tambahkan dosa lagi.

Damn! Sebagai seorang perempuan, kau terasa muka engkau juga turut terpalit tahi. Tahi babi mungkin!

Aduh! Sakit datang kembali dalam bentuk yang lain pula.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Kak,
Nak suruh banyak bersabar, aku rasa akak lagi banyak sabar daripada aku sendiri...

Tapi, tang cerita cicak dan syilling putih dan hbuk-habuk halus tu memang menarik. Gaya penceritaan membuatkan aku dapat menghayati satu persatu dengan jelas...
Pa'chik berkata…
err... gambar bogel tanda setia?? wooo... hahaha... bodohnya manusia...

errr.. kalili... orang kuat iman dugaan besar... sabar je lah... :P
Tanpa Nama berkata…
macam elizabeth wong ghitewww.. ehehe
AieSha berkata…
kak, kuatkan semangat!
SHIMI berkata…
garapan pada semua peristiwa, mewakili semua emosi

sabar ye kak..
moga cepat sembuh
sekarang ni memang musim sakit2
saya juga
Lan Bingka berkata…
semoga cepat sembuh...
mugiwara berkata…
cicak tu berdecit decit....
biasanya orang akan kata 'betul kata cicak'
kenapa? kalau tak setuju nanti dia berakkan muka kita kah?

mereka begitu bodohkah? saya fikir, saya setuju~
addyaholix berkata…
saya selalu cakap pada kawan, bila kita sakit, itu tandanya tuhan mahu cuci dosa-dosa kecil.

terus kuat kak!
dan moga lekas sembuh.
A t i Q a h berkata…
Dalam dunia macam2 sakit ada. Lagi2 sakit yang kat hati tu. Terpulang kat kita nak handle cam ne je kan kak. Alangkah, jika manusia-manusia itu bijak. Alahai.
Kay berkata…
WL,
semoga kamu tabah...
(^_^)
tasekM berkata…
hmm... org yg dah kawen pun tak selamat bergambar bogel segala ye tak? jangan ambil. senang.

doa yg baik2 buat kamu ... :)

aku selalu mengharapkan aku setabah kamu... haih~


.
Layla Haq berkata…
Tajukkan dengan ayat - "Terkedang di Katil ini..." Atau err...

saya lupa saya sangat gagal bab memberi tajuk artikel atau entri. Hahahaha...

Semoga segala yang berlaku beri hikmah.
Lily Abdullah berkata…
Bayan,
Betul tu,nak letak tajuk pun perlukan kreativiti jugak.

Tasek,
Apa ke jadahnya, nak ambil gambar bogel. Gambar tak bogel lagi cantik hape haha!

ps: aku tak tabah sangat weh..tapi Tuhan juga tak uji sesuatu yang di luar kemampuan. Yakinkan itu.

Kay,
Thanks. :)You too.

Tiqah,
Dunia akhir zaman,macam2 yang tak mungkin boleh jadi huhu...

Addy,
Kalau boleh menulis dan update blog tu,kira dah ok le hehehe..

Mugi,
Kalau benar cicak bersuara,mau terbangun akak dari katil hahaha!

Lan,
T/kasih. Alhamdulillah. semoga segala akan baik2 saja. :)

Shimi,
Mewakali semua emosi yang seminggu tersimpan :)

Aie,
Kadang kala aku letih dik! Rasa nak nangis pun ada huhu..

Me,
Eli,ya Eli mana pi ex YB tu eh?

Cik,
Manusia bodoh dalam pelbagai cara.

Nizam,
Jadi ko boleh nampak siling rumah akak ye hehe..

tq untuk yang membaca diam2 juga.
sunflower berkata…
smg akak ceput sembuh. amin.. :)
sunflower berkata…
smg akak ceput sembuh. amin.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam