Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

29.11.08

Saat hati sedang rentung


..............
Saat hati sedang rentung. Saat jiwa dan fizikal sedang sarat dengan kesakitan, menulis adalah penawar paling pantas untuk itu. Atau lidah lebih baik mengalun zikrullah

Bagi aku,kedua-duanya amat perlu.

PC sakit diserang virus sama macam tuannya.
Internet slow macam siput sedut
Telefon genggam mensabotaj aku
Tangan jemari kaku untuk menconteng laman kalian. (aku berbesar aku kerana kalian masih sudi membaca entri ini.)

Dan aku terpaksa menjawab soalan-soalan dalam dewan bak peti beku rumah sembelihan;suhu kamarnya tidak mesra dengan kondisi kesihatanku.

Ps: Inilah jawapan-jawapan sementara untuk komentar-komentar kalian dan kenapa aku ber”hibernasi”.
Kepada kekanda Naga, terima kasih kerana sms dan Amyz – terima kasih untuk kad undangan.


.............................

Di luar hujan masih merintik. Minta hadiahkan aku sekaki payung kekasih. Yang berwarna-warni dan kalis api,air atau ribut salji.
Atau aku perlu menanti hingga hujan itu teduh!




23.11.08

Nota kecil untuk kamu (yang pernah bertandang hadir)



..................

Kepingin dia
menumpang payungmu
dalam basah dingin hujan
bermusim yang dulu

Sayang
Engkau cuma terpaku
melihat dia
berdiri dingin kaku
jemari hampir kebas membeku

Jika dia gadis ayu
pasti kau pelawa tanpa ragu

................

11.11.08

Perihal hati dan hidup



..................

Tiupan angin dan pusaran puing cebisan daun kering sore tadi membawa sekali wajah Nishiawaji yang terasa baru semalam aku lepaskan gengam tangannya.

Dan seperti selalu-selalu, hati aku melarat-larat dengan seribu kenangan nan membunga. Terpalit cebisan-cebisan rindu pada apartment sempit rimas Kawakita san. Dan balkoni sempitnya, ditanam dengan ros berwarna kuning dan merah kecil-kecil kuntumnya serta pelbagai tumbuhan herba. Dan disiram bila perlu. Bila ada keperluan sahaja. Balkoni sempit itu, tempat Ayako merokok dan minum-minum usai selesai segala rutin hariannya. Tempat aku merenung neon dan lampu kenderaan di waktu malam.

Aku bosan waktu malamnya yang bising hiruk-pikuk kenderaan, bunyian segala macam siren kecemasan selang jam tanpa henti. Juga jeritan siren keretapi dari stesyen Awaji yang tidak pernah mau mati. Aku sedikit bosan, ada sebegitu banyak kesunyian dalam diri. Pengambilan caffeine berbentuk cecair adalah investment sama sekali gagal meredakan rasa sunyi yang bertandang hadir. Aku mulai memahami, mengapa Ayako gemar minum-minum dan menyedut nicotine. Dia, wanita tiga puluhan yang sunyi jiwa. Aku memahami kerana aku juga pernah melalui hari-hari itu. Hari di mana, sebaik sahaja mata kita terbuka; dan berharap untuk berada dalam pelukan seseorang. Pelukkan yang dihalalkan Tuhan.

Saban malam aku turun menjengah, jika ada kedai yang masih dibuka. Hanya Lawson dan aku membeli secawan caffiene untuk diteguk. Dan bebola mataku pastinya tertancap pada jalan lurus depan apartment separa mewah dan landasan keretapi di seberang sana; pastinya terfikir “oh, betapa aku tidak betah berlama-lama di sini”. Aku bayangkan, jika akulah penghuni apartment separa mewah itu, pastinya aku mati ditemani seekor kucing comel (kerana aku tidak mungkin memelihara anjing comel seperti mereka)

Isolation yang menyiksa jiwa mujurnya berakhir mengikut skala. Tapi aku terus extend kerana aku mau pulang dengan mencorak percik kenangan di kanvas kehidupan yang sama sekali tidak pernah aku duga. Mungkin tiada siapa memahami mengapa aku begitu teruja.

Antara hijau bendang, nyamuk agas, pacat lintah dan apartment mewah atau separa mewah kota Osaka serta penghuninya menjadikan aku kaya dengan sifat menghargai. Menghargai hubungan dengan Pencipta dan sesama makhlukNya.

Malam ini, entah benar aku ini begitu mengerti apa yang benar dan tidak. Atau aku perlu mencongak lagi. Perihal hati dan hidup.

Ada waktunya sangat subjektif.

..........................




11 November 2008
3 am

10.11.08

Bengong

Saya sedang meng’gugel’ dengan kata kunci “ kaedah mengajar matematik dan sains untuk prasekolah”. Dan tiba-tiba laman-laman begini yang muncul.
Nov 10, 2008 : F Slave In Latex With Mask Gets Fingered & Toyed(Latex pics)
Nov 10, 2008 : Sexy Blond Girl Sucks & Rides Cock Anal Movies(Riding movs)
Nov 10, 2008 : Kinky Blond Bimbo With Slim Body Posing Outdoor(Bimbo pics)
Nov 10, 2008 : Blond Dancer In Lingerie Stripping Movies(Dancing movs)
Nov 10, 2008 : Gorgeous Hardboiled Teen Poses Nude In Bathtub(Bathing pics)
.
.
.
.
Dan banyak lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan saya pun menyumpah-nyumpah pakcik gugel berjuta-juta kali.

Ptuih! Saya syak pakcik gugel sudah nyanyuk. Benci!
Pesanan penaja: Adik-adik sila jangan gugel ya. Saya tidak bertanggongjawab di atas dosa-dosa atau jika kamu atau pc kamu dijejaki virus dan kuman-kuman.

7.11.08

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej
........

Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini.

November, bulan dingin nan indah.
Bulan mengikat janji
Bulan mengikat cinta
Terima kasih Tuhan
Kami terikat kerana limpah rahmanMu

........
Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

5.11.08

".And it's hard to hold a candle, in the cold November rain"ucap Gun N Roses

Rintik hujan yang sebentar melebat, sekejap mulus telah hilang. Malam tadi dan pagi ini yang tertinggal cumalah kedinginan yang mengigit tubuh. Dari laman Encik Pinter, lagu November Rain dendangan Gun N Roses saya mainkan berulang-ulang.

Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain



Lagu yang sungguh berjiwa. Ya.....saya akui soal menjaga sekeping hati agar ia kekal,tidak calar,tidak dipenuhi noda hitam adalah sukar benar. Menjaganya agar kita tidak terlalu terasa, bahawa kita adalah insan tunggal yang sering menderita. Menjaganya agar kita selalu mau rasa bersyukur dengan apa yang ada.

----------------------------------------------------

Afiqah gadis kecil ini cukup tabah. Saya kagum dengan ketabahan ibubapanya. Benar, kasih ayahbonda tiada penghujung walau siapa pun kita dan bagaimana pun keadaan kita dilahirkan. Saya tidak pernah bertemu gadis kecil ini. Hanya melihat foto-foto yang mamanya uploaded melalui intenet dan email.

Afiqah mengingatkan saya pada Rahim,Tiara,Shahrul,Syuhadah,Chee Seng, Vinothini,Vanne dan lain-lain. Bekas anak-anak murid saya. Mengingatkan saya pada Kimura san yang menaiki keretapi dari Kyoto ke Nishiawaji; semata-mata mau membuktikan dia tidak perlu dikasihani. Dia hanya ingin difahami dan diterima seadanya.

Benar seperti yang Amal nukilkan dalam komentarnya; Afiqah dan kanak-kanak yang senasib dengannya cumalah anak-anak biasa, ada perasaan dan punya keinginan yang tidak pernah berbeza Cuma mereka terperangkap dalam diri sendiri.

Bila dikenang memang dijentik rasa sedih, tapi Tuhan Maha Adil dan lebih Mengetahui yang tersembunyi.

Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

2.11.08

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui


I. Oktober dua puluh lima

Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin.

II. September dua puluh lapan

Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge. Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti selalu. Seluruh badan saya sakit dan kejang. Saya terlupa mengambil ubat-ubatan saya. Namun semua kesakitan seakan hilang apabila melihat Khadijah dan suami datang menjemput saya.

Saya pulang untuk menyiapkan tugasan saya. Melawat emak dan Khadijah. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang perkembangan di kampung yang terpencil dari kemajuan tapi semakin glokal dan cerita tidak enak tentang keruntuhan moral manusia. Bukan cerita selipar hilang dari masjid; tapi cerita jiran-jiran menjual air daun ketum. Juga cerita tentang kabel/wayar telefon yang terpaksa dipasang di bawah tanah. Jika di atas pasangnya, alamat siang pasang, malam dikerat. Macam-macam.

“Kampung kita sudah glokal” kata Khadijah. “Yang tua-tua, pengunjung surau bersama allahyarham abah, telah tiada.”

Saya melihat surau itu sepi kecuali waktu Maghrib dan Isya’ yang jemaahnya beberapa kerat cuma. Tiba-tiba hati jadi sebak. Terbayang-bayang di mata bagaimana allahyarham abah mengayuh basikal ke situ.

Emak sudah tua. Kadang kala sangat sensitive. Emak kita sudah tua Khadijah! Sama-samalah kita menjaga hatinya. Menjaga kebajikannya. Selepas abah pergi kita seharusnya memahami kesepian hatinya. Dia cuma punya kita Khadijah! Sabar. Perkataan senang disebut dieja, tetapi tidak mudah dipraktikkan.

III. November satu

Paginya, saya naiki bas jam sebelas. Saya menelan ubat-ubatan saya dan tertidur sepanjang perjalanan. Saya fikir-fkir mau mengajak dia ke Maskara Shorties.

Saya sampai di rumah dalam keadaan yang amat letih. Hati masih mahu pergi Maskara Shorties. Rupanya jam delapan baru terpisat-pisat bangun.

“Nasib baik, tak pergi. Jika tak, awak tertidur atas motor sape susah” dia

Hari ini saya ponteng kelas pula. Sangat sakit. Sangat penat. Tapi saya rindu untuk mencoret-coret sesuatu. Di laman rumah saya. Dan menconteng-conteng sepatah dua di dinding rumah kalian. Rakan-rakan maya yang saya hormati.