Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

Saat hati sedang rentung

.............. Saat hati sedang rentung. Saat jiwa dan fizikal sedang sarat dengan kesakitan, menulis adalah penawar paling pantas untuk itu. Atau lidah lebih baik mengalun zikrullah Bagi aku,kedua-duanya amat perlu. PC sakit diserang virus sama macam tuannya. Internet slow macam siput sedut Telefon genggam mensabotaj aku Tangan jemari kaku untuk menconteng laman kalian. (aku berbesar aku kerana kalian masih sudi membaca entri ini.) Dan aku terpaksa menjawab soalan-soalan dalam dewan bak peti beku rumah sembelihan;suhu kamarnya tidak mesra dengan kondisi kesihatanku. Ps: Inilah jawapan-jawapan sementara untuk komentar-komentar kalian dan kenapa aku ber”hibernasi”. Kepada kekanda Naga, terima kasih kerana sms dan Amyz – terima kasih untuk kad undangan. ............................. Di luar hujan masih merintik. Minta hadiahkan aku sekaki payung kekasih. Yang berwarna-warni dan kalis api,air atau ribut salji. Atau aku perlu menanti hingga hujan itu teduh!

Nota kecil untuk kamu (yang pernah bertandang hadir)

.................. Kepingin dia menumpang payungmu dalam basah dingin hujan bermusim yang dulu Sayang Engkau cuma terpaku melihat dia berdiri dingin kaku jemari hampir kebas membeku Jika dia gadis ayu pasti kau pelawa tanpa ragu ................

Perihal hati dan hidup

.................. Tiupan angin dan pusaran puing cebisan daun kering sore tadi membawa sekali wajah Nishiawaji yang terasa baru semalam aku lepaskan gengam tangannya. Dan seperti selalu-selalu, hati aku melarat-larat dengan seribu kenangan nan membunga. Terpalit cebisan-cebisan rindu pada apartment sempit rimas Kawakita san. Dan balkoni sempitnya, ditanam dengan ros berwarna kuning dan merah kecil-kecil kuntumnya serta pelbagai tumbuhan herba. Dan disiram bila perlu. Bila ada keperluan sahaja. Balkoni sempit itu, tempat Ayako merokok dan minum-minum usai selesai segala rutin hariannya. Tempat aku merenung neon dan lampu kenderaan di waktu malam. Aku bosan waktu malamnya yang bising hiruk-pikuk kenderaan, bunyian segala macam siren kecemasan selang jam tanpa henti. Juga jeritan siren keretapi dari stesyen Awaji yang tidak pernah mau mati. Aku sedikit bosan, ada sebegitu banyak kesunyian dalam diri. Pengambilan caffeine berbentuk cecair adalah investment sama sekali gagal meredakan r...

Bengong

Saya sedang meng’gugel’ dengan kata kunci “ kaedah mengajar matematik dan sains untuk prasekolah”. Dan tiba-tiba laman-laman begini yang muncul. Nov 10, 2008 : F Slave In Latex With Mask Gets Fingered & Toyed(Latex pics) Nov 10, 2008 : Sexy Blond Girl Sucks & Rides Cock Anal Movies(Riding movs) Nov 10, 2008 : Kinky Blond Bimbo With Slim Body Posing Outdoor(Bimbo pics) Nov 10, 2008 : Blond Dancer In Lingerie Stripping Movies(Dancing movs) Nov 10, 2008 : Gorgeous Hardboiled Teen Poses Nude In Bathtub(Bathing pics) . . . . Dan banyak lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan saya pun menyumpah-nyumpah pakcik gugel berjuta-juta kali. Ptuih ! Saya syak pakcik gugel sudah nyanyuk. Benci! Pesanan penaja: Adik-adik sila jangan gugel ya. Saya tidak bertanggongjawab di atas dosa-dosa atau jika kamu atau pc kamu dijejaki virus dan kuman-kuman.

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain

".And it's hard to hold a candle, in the cold November rain"ucap Gun N Roses

Rintik hujan yang sebentar melebat, sekejap mulus telah hilang. Malam tadi dan pagi ini yang tertinggal cumalah kedinginan yang mengigit tubuh. Dari laman Encik Pinter, lagu November Rain dendangan Gun N Roses s aya mainkan berulang-ulang. Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain Lagu yang sungguh berjiwa. Ya.....saya akui soal menjaga sekeping hati agar ia kekal,tidak calar,tidak dipenuhi noda hitam adalah sukar benar. Menjaganya agar kita tidak terlalu terasa, bahawa kita adalah insan tunggal yang sering menderita. Menjaganya agar kita selalu mau rasa bersyukur dengan apa yang ada. ---------------------------------------------------- Afiqah gadis kecil ini cukup tabah. Saya kagum dengan ketabahan ibubapanya. Benar, kasih ayahbonda tiada penghujung walau siapa pun kita dan bagaimana pun keadaan kita dilahirkan. Saya tidak pernah bertemu gadis kecil ini. Hanya melihat foto-foto yang mamanya uploaded mel...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...