Bunyinya agak sama. Kedua-duanya untuk mengesan penyakit. Dan saya asyik pergi membuat pemeriksaan telinga. Wal hal saya memang mahu melakukan ujian Pap Smear. Masalah saya, setiap kali setiap kali ke klinik. Asyik terjumpa doktor lelaki. Maka saya yang bijak pandai lagi pemalu segera menukarkan bahagian yang saya patut buat pemeriksaan. "Sakit apa kak? Eerr...err..rasa letih pulak pagi ni. Nak pitam pun ada. MA klinik pandang saya atas bawah atas bawah ( Nampak macam okey je makcik ni..) "Apa boleh saya bantu makcik ? Tanya doktor muda berbangsa India. Err,,eer..makcik sakit telinga :p Mungkin kita patut kongsi entri LydSunshine di entri ini. Tak tau nak tulis panjang-panjang macam dia. Ps : Agak-agak ni kira bohong jenis apa : p
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi