Langkau ke kandungan utama

Realiti & Escapism

Penghujung Disember.  Ribut dek tangisan langit yang enggan berhenti.  Barangkali seperti mana Netty si bidadari patah sayap menangisi diam-diam takdir yang Tuhan ujikan untuknya. 

 Ayuh! Sedikit cuma. Sekelumit musibah buat kafarah dosa. 
Ya Tuhan! Netty berdoa. Jangan sampai dia patah hati. Kufur nikmat.
Ayuh, jadilah jentayu. Patah sayap bertongkatlah apa yang termampu.

*****


Hujan berhenti saat Netty merenung seekor merpati. Loceng-loceng kecil yang tergantung di pohon berusia ratusan tahun sedikit basah namun masih bergemerincingan.

"Aku akan pergi,"Ucap lelaki separuh abad itu kepada Netty.
 
Lelaki asing separa beruban menyambung pengucapannya. Katanya dia bakal melewati lautan dan hutan-hutan.   Mungkin hinggap di kota-kota tanpa penunjuk arah.      

 "Apakah kau mau menitip pesan? " Dia masih mahu berbicara dengan Netty
 
"Katakan aku bermimpi, tidur di bahunya. Dalam keretapi yang meluncur laju" Netty menjawab. Perlahan. Seakan bergumam.
 
Sungguh!

Mutakir ini. Netty asyik bermimpi tertidur di bahunya. Seorang lelaki yang cuma beberapa kali ditemui tujuh musim lalu.  Jika benar wujud kelahiran lalu, pasti mereka adalah pasangan kekasih dari masa silam.

Titik. 

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
"Berikan juga Nettty sepasang sayap, agar dia bisa terbang ke mana-mana yang dia suka." doa Ayu Jannah.
Lily Abdullah berkata…
Ha ha..
The worst part about fairy tales is closing the book and realizing that reality is completely different.

tak gitu Nizam?

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam