Langkau ke kandungan utama

Disember, aku datang - Netty

Masih dengan rasa rindu yang paling dalam. Di mana lagi harus dikongsi sebahagian rasa kecuali di halaman ini. Dan, di luar sana, suaranya seperti selalu.  Langsung tidak lagi diperdulikan.
Netty mendongak.

Langit Disember masih serupa dua bulan terdahulu. Murung dan kelabu. Aspal basah melembabkan sepatu dan memperlahan langkah.
Netty datang. 
Fizikal masih sakit dan lesu. 
Namun dia masih mampu untuk tersenyum.  
Netty percaya teguh. 
Satu musibah Tuhan ujikan, seribu kesenangan akan menyusul kemudian.



ps: taip patuh ayam guna tangan kiri.

Ulasan

sepa berkata…
musim tengkujuh, kak.! sini hari2 hujan. pagi, petang dan malam...
sayur2 menjadi subur. :)
Lily Abdullah berkata…
begitulah di penghujung tahun.

macam biasa dalam satu musibah,ada seribu nikmat bakal menyusul.:)
Nizam.Ariff berkata…
Akak dah mula keje balik ek?
Lily Abdullah berkata…
Masuk kerja Isnin minggu lepas dan MC lagi. Isnin minggu ni masuk kerja semula.

Harap2 lah kembali sihat seperti sediakala. Doakan akak ye ..
puding roti berkata…
kak..kak tak sihat ye? cepat sembuh ye kak..lama tak sms akak..hr tu ada sebut nk pegi rmh, tak smpai2 pn lg..ada je agendanya jd tak berani nk merancang..huu..i'Allah..ada ms mmg sy nk g jln2 umah akak tau..

kad0k. berkata…
akak tak sehat? maaf...sgt lama tidak menjenguk blog kawan2.harap kesihatan akan kembali seperti selalu,,dengan izinNya..
Lily Abdullah berkata…
Kaka sudah sihat banyak. Selepas kemalangan jalan raya 2 bulan lepas :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam