Langkau ke kandungan utama

Catatan terakhir tentang hujan


Sering aku berpaling dari janji
usah tertipu akan ikrar 
perempuan ini 

Aku masih bisa diajak bermain hujan
di jalanan, di taman-taman
aku barangkali masih berjiwa hingusan
ketika usia  mencecah empat puluhan

Maafkan aku
hari ini aku enggan  lagi bermain hujan
di dalam coretan 
di dalam sajak, hujan melulu
basah , resah dan lesu

Dingin bayu memutarkan kenangan
pernah lipatan kertas kau jadikan sampan
basah dan hanyut ditelan 
rakus gelombang

Sebuah sajak aturan aku, sering
menutup mata pada banjir
menutup telinga pada petir
Inilah yang terakhir
tentang hujan.
Kerana aku perempuan   
yang sering  berpaling dari janji, 
usah percaya melulu

Aku masih bisa diajak bermain hujan.

Bukit Changgang, Banting. 

 


Ulasan

akirasuri berkata…
Manis :)

Sekarang musim hujan, dan banjir!
Hehe.


Apa khabar kak?
Jaga diri.


Salam.

Manis ye ? Apa yanng manis? Kadang2 bila tulis takut nak dakwa tulisan tersebut sbg puisi/sajak.

Kakak baik2 saja. Cuma tangan masih sakit kadang2. Patah bahu la katakan. Lambat sembuh.

dok kira2 dah masuk bulan ke 4 ni. Yang bersalin masa kak accident hari tu dah besar babynya :)

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…