Apabila blog tidak lagi dibaca oleh ramai orang, maka bolehlah kita menulis secara 'runcit'. Pinjam istilah Hana Tajimakira. (Sila claim royalti ha ha ) Tulis yang ringan-ringan tanpa guna istilah-istilah yang bombastic . Melebih-lebihkan sudu dari kuah (senyum) Mulakan dengan cerita azam yang tidak menjadi. September sudah sampai separuh hari. 1. Simpanan saya sangat jauh dari istilah 'cukup' untuk beli tiket kapal selam terbang mau tengok salji. 2. Berat badan bertambah-tambah siap dengan kenaikan kadar cholesterol secara mendadak. 3. Tentang kerjaya, nampaknya tidak berjaya. Tapi saya patut bersyukur kerana ada kerja. 4. Novel, tersangkut di situ lah juga. 4. Cerpen, sudah 2 tahun tidak menghasilkan apa-apa. 5. Sajak, tulis kecil-kecil hanya di blog sebab tengok dan belek-belek sajak saya 'bukan jenis yang tersiar' di media perdana. Itu saja. Saya bersyukur. Tapi tidak menipu kadang saya rasa saya memang 'loser'. ...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi