Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Ketagihan

Hari ini saya bercuti. Sampai Ahad. Hari Selasa perlu berpergian lagi. Dengan pakaian yang sama, ubat-ubatan yang stoknya semakin bertambah. Sakit dan kelelahan yang tidak pernah berkurang. Saya tabahkan hati. Nyata saya kian mati. Saya malu kerana harus kalah pada tubuh yang sakit dan lelah. Saya mula mengesyaki. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, Ketagihan! Kegilaan terhadap 'penerimaan' orang. Harus berhenti dan mencari diri!  .... and door is always open .

Analogi

Sakit  Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Kadang tersenyum. Menyimpan rusuh dan derita dalam diam. Pagi Sudah mula menampakkan separa senyuman. Mata masih enggan pejam. Otak ligat berfikir bagaimana mengatur timbunan tugasan ketika matahari celik keesokannya Laut Menyukai kamu. Tapi fobia dengan pasang surutmu. Gelora yang tidak terjangka. Lalu, aku hanya duduk memandang. Mencari garis sempadan di antara engkau dan langit. Namun yang kelihatan hanya kabus. Berbalam-balam. Sangat menyukai kamu. Tapi sekadar mampu berdiri di gigi air masin, menguis pasir. Sekali dipaksa terjun dan berenang terasa nafas sesak. Menggigil bukan kerana kedinginan. Tapi kegugupan melawan ombak kadang menggoyah harapan. Bertahanlah wahai diri yang kerdil dan tidak pernah terlepas dari khilaf!

Wordless

Cerita Macam-macam

Enam puluh tahun Terketar-ketar naik tangga buat pemeriksaan bangunan. Pukul 8 masuk dewan makan dan naik baran bila yang ditimbang tidak mencukupi dan barangan gagal memenuhi spesifikasi. Naik darah tengok claim Makcik Rozie puluhan ribu RM sedang perkhidmatan yang ditawarkan macam .........(isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri) Encik/Puan/Cik Boss asyik mahu semua kerja dipercepatkan. Sedangkan diri dan keupayaan makin  slow . Cerita lain "Bulan ni gua stress kak" kata adik kerani kewangan tukang kuli kira gaji. Yes,gua faham dek! Maunya kau tidak tertekan mengira gaji orang naik ribu-riban. Gaji kita naik hihihi..:p Cerita berkaitan. di sini ...dan mungkin jugak di sini .  Yes! gua faham. Alangkah baik jika pasir boleh ditanak Nota kaki WL: Entri-entri terkini kadang ditulis mengikut perasaan yang tidak begitu stabil. Lepas baca, sila abaikan.

Catatan Dinihari

Akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan komentar Tok Rimau di dalam salah satu entri saya. " No pain, no gain " Agaknya itulah puncanya tulisan saya semakin tidak berjiwa. Tambahan pula berhadapan dengan situasi kesibukan yang semakin menggila. Malam-malam buta masih mahu ke ofis. Hujung minggu saya ponteng kelas kerana memenuhi tuntutan kerja.  Sudah hilang rasa. Menulis itu perlukan masa. Masa untuk merasai dan berfikir.  Saya sudah kehilangan rasa. Masa juga. Masa yang ada dihabiskan dengan memenuhi  tuntutan dan tanggongjawab kerja. Berpusing sebentar, Makcik Rozie akan hilangkan 2 kilogram anggur. Terlalai sekejap, 3 kilo daging akan berkurangan. Air minuman bercoklat nampak bumbung. Makcik Rozie memang sungguh David Copperfield! She's a good magician. Kadang kita cuba sebaik mungkin untuk mengikut peraturan dan menjunjung arahan. Yang menjadi dilema, kadang arahan tidak konsisten dengan peraturan. Tersepit sesak di tengahnya. "Saya boleh buat penge...

Lagu untuk hari dan minggu-minggu yang sesak

Isnin mampir. Selasa mahu berpergian. Enggan. Nanti sampai surat cinta tunjuk sebab. Fikir positif sahaja. Barangkali ada pengalaman manis untuk dikongsi. Berjauhan seketika. Lari dari rutin. Mungkin bagus buat diri. . . Selepas berpergian. Banyak laporan menanti. Aduh!

Dari kedua telapak tangan kosong yang ditadah ke langit

Sumber  Foto Aku adalah aku di mana pun tempatku berada. Berusaha menjadi diri sendiri di tengah bicara kosong dan dusta mereka Hidup terasing di tengah kecintaan para ektrimis duniawi Sedaya cuba menafikan rasa di dalam lubuk hati dan naluri untuk selalu berkata jujur. Terbalut rapat hedonisme yang telah menjadi kunyahan harian. Kemunafikan yang meluncuri bibir dari waktu ke waktu. Aku, barangkali juga kalian terpaksa hidup dalam pembohongan, demi menutup bangkai serakah. Demi menjaga hati orang,terkorban prinsip dan pegangan diri. Kadang waktu ! Menghancurkan segala. Dimulai dari kehormatan diri hingga segala kekayaan hati.  Sehingga tiada lagi yang tersisa kecuali setitis embun di tengah lautan tinta. Hati pun bertranformasi. Berubah wajah. Sekeping hati kini, adalah batu karang yang ditutupi lumpur dan lumut.  Laut, seperti yang kita maklum tidak sebiru yang kita duga. Kita sebegitu berani menerjang ombak besar nan perkasa. Padahal diri hanyalah selonggo...