Langkau ke kandungan utama

Tuah

 

Setiap pagi Ahad dia menunggu tuah mampir. Dan doanya tidak pernah terputus apatah lagi terpupus.

Berangkai dan berantai dan bersambung-sambung.

Bagai utaian manik-manik yang terkalung di leher

Pada pagi yang seterusnya dia menunggu lagi untuk pagi Ahad yang seterusnya

Lalu, dia bertitah pada diri.


"Okey, tutup buku!". 

Ayuh! dengan lafaz nama Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Buka buku baru. Atau sambung helaian lama yang tertinggal.

Ulasan

Neddo berkata…
apa yang ditunggu kak lily? cerpen keluar? =)
Nizam.Ariff berkata…
Hidup masih panjang.. kena teruskan.
tasekM berkata…
cuba akak hantar kat sokabar lain plak.


.
kingbinjai berkata…
Tak nampak plak gambar tu
Maz berkata…
klu sudi follow la blog saya yang tak seberapa hatimamaz.blogspot.com
Cik Puan Kocik berkata…
Salam,

Kak Maryani, saya baca kisah akak kat Mega utusan Malaysia hari ini. saya amat teruja dan rasa bangga dengan kegigihan akak.

Artikel berkenaan buat saya menitis air mata. Betapa Allah memberikan akk kekuatan untuk akak berjaya dalam kehidupan walaupun akak tidak sempurna spt saya. Akak memang HEBAT!!

Terasa malu dengan diri sendiri bila melihat akak dan membaca kisah kejayaan akak!!

salam kenal ... kak Maryani!! Semoga akak terus berjaya hendakNYA!!
Nizam.Ariff berkata…
Kak Lily,
..kali ini tuah pasti muncul kak...
WL,

saya jarang sekali membaca Utusan, tapi hari ini saya telah membaca artikel tentang Water Lily.

Saya amat gembira dan tumpang merasa bangga. Terus menunjukkan artikel itu kepada suami dan anak2

Saya doakan agar kejayaan sentiasa mengiringi anda dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah swt.
de_kerinchi berkata…
.....sebenarnya bila saya terpandang artikel tu...hati saya macam kenal jer...dan memang telahan saya xsalah ni lah kak waterlily....bila ternampak nama blog akak, tertera,maka sahlah Instinct saya betul...;-)

apapun saya tumpang bangga dengan ketabahan dan kejayaan akak selama ni....

semoga kehidupan akak dilimpahi rahmat dan diberkati Allah s.w.t.
Lily Abdullah berkata…
T.ksh kepada kawan2 blogger yang telah lama mengikuti blog ini.

Yang selalu bertandang dan buat seperti rumah sendiri.

Salam kenal intuk yang baru berkunjung

T.kasih untuk panggilan dan sms dari kenalan baru dan sahabat lama.

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...