Langkau ke kandungan utama

Apa yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel sebahagiannya sudah ditulis di sini

Hari Isnin datang lagi. Sekali lagi perlu memakai baju yang paling skema dan bersiap seadanya.  Pergi buka ofis, naik dua blok bangunan,pergi dewan makan. Buat komplen pasal dapur orang. Dapur sendiri pun berselerak


Dan yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel, adalah berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan untuk berada di tempat sekarang.

Saya barangakali sebahagian  Burke Ryan dalam filem Love Happens

Sehingga dituduh hipokrit oleh salah seorang pembaca.
Yes. Saya hipokkrit. Demi kelangsungan hiidup. Dia tidak akan mengerti apa yang telah saya lalui untuk berada di tahap ini.  Masakan dia begitu mengenali saya dengan hanya membaca sebuah arikel.

Untuk tidak memanjangkan sengketa, saya mengiyakan tuduhannya. Saya kira berdebat tentang hipokrit, tiada penamat sampai kiamat.

Terima kasih untuk panggilan dan sms serta komentar di blog. Gembira mendapat kenalan baru dan pangillan sahabat lama.  Saya tahu, selama ini ramai yang mencari saya. Tapi saya berdiam, kerana rasa rendah diri.

Cukup! Hari ini hari Isnin. Saya akan cuba untuk senyum.

"A-Okay!"  - Burke Ryan lakonan Aoron Eckhart.

Nota Kaki:
Sekalung terima kasih di atas niat mulia saudari Rosmah Daim untuk artikel tersebut.









Ulasan

MushroomCute@Mariea berkata…
Teruskan tersenyum...dari jiwa...semoga hari2 mu terus indah
tasekM berkata…
selamat hari isnin kakak.


letih tak senyum..?
aku letih.
heh.


.
pelangi berkata…
kak..saya telah baca artikel tersebut.. saya merasa sungguh tersentuh ..semoga terus tersemyum walaupun kadang kadang amat menyakitkan..
SHIMI berkata…
senyum sokmo, walaupun orang lain masam dgn kiter kak...
MATMIN berkata…
Senyum... x perlu kata apa-apa....
Water Lily berkata…
Mat Min
:)

Shimi,
Yes sir haha!

Along,
Itulah kakakmu..barangkali di luar kita tiada banyak ruang untuk berbicara dan bercerita.

Aku letih Tas,tapi aku kena senyum juga. Td, kecoh2 satu ofis, satu sekolah, satu hostel cerita aku masuk paper.

Apalah sangat cerita aku tu. Aku naik segan (malu) bila anak2 tu bertanya "Wah, makcik penulis rupanya"

Ah! Apalah sangat tulisan aku tu?

Mush,
Kak Lily sedang mencuba dan tidak pernah berhenti mencuba untuk apa2 pun :)

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…