Langkau ke kandungan utama

Abang Teh, mohon diampun segala dosa adik

Abang Teh yang adik sayangi,

Tika entri ini ditulis, abang barangkali sudah selamat bersemadi di perut bumi. Mengadap Dia Yang Maha Esa. Tadi, Khadijah memaklumkan kira-kira jam 7.00 malam, abang telah kembali kepadaNya. Malangnya, Khadijah terlewat memaklumkan. Kira-kira jam 11.00 malam baru Khadijah telefon.

Abang Teh yang adik sayangi,

Waktu Khadijah memaklumkan khabar sedih itu, adik tidak terasa apa-apa pun. Setitik airmata pun tidak menitik. Sejujurnya, adik tidak merasa sedih sedikit pun. Entah apa sudah jadi dengan hati adik, menangis hiba kerana matinya seekor kucing,  Tapi, tidak pula merasa kehilangan di atas ketiadaan abang. 
.
Waktu kita kecil abang, kita  begitu akrab. Kita kongsi semua. Buah epal, roti,kek dan ais krim. Makanan mewah di zaman kecil kita. Ikan tamban kering adalah lauk rutin yang selalu kita kongsi. Kalau abang makan pisang, abang akan beri adik separuh sekiranya tidak cukup. Nasi yang adik tidak habiskan abang akan habiskan kerana kita percaya cakap arwah Tok. Kata Tok, nasi akan menangis jika dibuang dan dibazirkan. Kita semua, abang Syam, Kak Cik, Kak Adik, Khadijah dan adik percaya bulat. Kita percaya bulat cakap mak-mak kita, mak saudara kita dan cakap arwah abah adik.

Masa berlalu abang. Kita membesar,dewasa dan menjadi orang asing. Bertemu sewaktu musim perayaan. Kita menjadi orang asing, walau kita punya pertalian darah dan daging. Bukan jauh, kita cuma bersaudara sepupu. Kemudian hubungan itu menjadi tidak akrab, lebih-lebih lagi setelah arwah abah adik pergi 6 tahun lalu.

Emak adik selalu merungut, jarang ada saudara mara sebelah abah datang melawatnya selepas  ketiadaan abah. Emak kata, anak-anak saudara abah bergaji besar sudah lupakan keluarga kami. Kecuali abang Syam dan Kak Chah. Bunyinya, emak seakan kecil hati. Tapi Khadijah, bijak mendamaikan. 


Ya, adik mengaku. Adik pun pernah kecil hati dengan abang adik beradik. Tapi untuk malam ini, abang telah tiada untuk adik memohon ampun kerana berkecil hati dan terlupa kenangan manis kita di zaman anak-anak

Dan, adik sudah lupa kali terakhir kita berjumpa..

Semoga abang tenang dan aman di sana.

Al fatihah! Selamat kembali abang Teh. Dalam usia yang sebegitu muda. Hanya lebih 2 angka dari usia adik.

Zulkifli@ Syamsul Bahari Bin Ahmad, adik  mohon ampun maaf kerana pernah berkecil hati dengan abang.

Ulasan

AZANI berkata…
salam lily
Al fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Aku berkata…
semoga rohnya dicucuri rahmat...

semoga akak tabah atas ketaksempatan itu... sampaikan je la doa dan maaf, InsyaAllah sampai kepadanya tu...
tasekM berkata…
alfatihah.


.
mohamadkholid berkata…
alfatihah... semoga diampunkan segala dosa
Makbonda berkata…
Alfatihah.......Satu ketika,kita juga akan menyusul...dengan mengirm sedekah doa insyaallah dia bahagia di alam sana.
Maz berkata…
takziah dan Al-fatihah untuk beliau...moga arwah dicucuri rahmat Allah SWT...Amin.
puding roti berkata…
kakak...takziah..al fatihah utk arwah..kakak jgn sedih byk2 sgt ye..

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…