Bukan mahu berbesar diri, tetapi cerpen "Pelangi Cinta Watanabe" saya disiarkan kembali di halaman ini semata-mata menghormati permintaan sifu saya - Sifu Azmah Nordin. Moga-moga yang tidak sempat membacanya dan rakan-rakan sekelas maya saya memperolehi munafaat dengan siaran semula di sini. Saya juga berharap ada kritikan yang membina; maklumlah saya budak tua yang sedang bertatih dengan pena.
MALAM itu dingin. Gelap kehitaman menempel pekat di dada langit. Bagai contengan rona hitam yang dipalit-palit tanpa tujuan di atas kanvas siang tadi. . Gelap dan pekat kehitaman memyiram mana-mana posisi yang diingini. Kedinginan begitu menyentak tubuh. Ninnie cuma bersendirian. Dia seolah mendengar langit gelap berbisik, “Dia telah membuatmu menangis, adakah kau mahu terus mencintainya?” Ninnie bungkam. Dia masih mendongak ke langit yang gelap. “Wahai bintang, apakah kau meninggalkan langitmu malam ini?” Angin berhembus semakin perlahan dan kedinginan semakin teras...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi