Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Cerita sepasang kasut

Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan. Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya. Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma! Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada. Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula. Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah. “Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee” Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?” Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan. Kami ketawa berjemaah. *dalam hati, saya sedih sebenarnya* Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)

Tentang kematian

Jika boleh memilih, tiada siapa pun mahu mati dengan cara yang paling dajal. Maksud aku, diselubungi misteri dan tragedi. Semua mahu mati di atas tilam paling empuk! Di kelilingi insan-insan tersayang yang mendoakan kesejahteraan kita memulakan perjalanan ke alam baharu. Tidak kisah apa ras atau kepercayaan atau ideologi potitik; manusia punya keinginan yang hampir sama walau tidak serupa. Tiada seorang pun mahu mati hangus. Mati dengan tubuh bersepai. Atau mati dengan tubuh diletup dan dikecai-kecaikan mahu pun dikerat lapan. Jadi, sekalung tahniah untuk manusia yang sanggup mengambil nyawa manusia lain atau menyebabkan kematian mereka dengan cara yang tidak dipinta. Tanpa hak! * hari ini aku dalam kesakitan dan aku pun menulis fasal kematian * Tiada kena-mengena dengan soal politik okay! PS: Sebenarnya aku risau “mati” di bawah akta yang bernama penindasan. Aduh! Di sini sahaja, jari sudah mengebas. * senyum *

Ayat cinta untuk jejaka pencuci baju

Ya, kalian tahu aku sangat suka mencari dan melompat dari blog ke blog. Pendek cerita laptop aku ni, jika dia ada boleh bersuara maka mungkin inilah madahnya. "Sudah-sudahlah lu menekan keyboard, menghadap skrin dan mengheret tetikus. Gua dah naik menyampah tengok muka lu, Lily". Tapi ia hanyalah laptop tanpa perasaan dan suara. Berbalik kepada pokok persoalan. Hari ini, aku jumpa seorang jejaka dan aku suka cara dia membasuh baju. Blog dia di sini . P.S. I LOVE YOU. Selamat membasuh baju hahaha!

Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan!

~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~ ******* Berbekal mantra dan do'a dari kitab suci yang paling suci dan buku-buku ensiklopedia psikologi, telah aku tukarkan segala menjadi serum yang mampu menghanyutkan segala pedih, mengelupas segala duka yang menyesak denyut nafas. Serum itu juga membuat binasa segala rasa putus asa yang telah lama berlonggok berbonggol di dalam dada. *********. Namun aku ini hanya manusia biasa kawan! Apabila diri terasa dihina dan diludah maruahku di hadapan khalayak, jangan kau suruh aku bersabar dan berdiam. Telah lama; berabad rasanya aku berdiam dan tahu aku menangis cuma. ************* 12 Julai, jam sebelas pagi berlokasikan kaunter bayaran sebuah pasaraya aku bertemu makhluk betina yang paling kurang adab sebagai manusia. Puncanya, sebesar kuman sahaja. Dan aku mengakui kekhilafanku; mengambil barang tanpa melihat wang di kocek sama ada mencukupi atau tidak. Malangnya, cara a...

Pengumuman

Maaf, dalam penyelengaraan. Harap maklum. Tuan punya blog sedang 'gila' berekspresi dengan template baru. Link anda akan dimasukkan kemudian. hahaha!

Sayang

Sedar tak sedar sudah dua tahun menulis di sini. Sudah ada enam blog. Satu sudah ditutup. Satu hidup segan mati tak mahu. (kes tak tahu delete akaun wordpress). Dua lagi kurang aktif (rasa nak tutup juga). Dan dua lagi agak aktif Akaun Tagged sudah delete . Freindster terlupa password (tak dapat delete ). *menulis dalam mood yang paling bosan gila * Maaf entri di bawah tidak dijawab kerana tuan punya blog sekadar mahu memperkenalkan siapa dirinya si sebalik topeng Water Lily kepada pembaca baharu. Terima kasih untuk Reverie kerana fokuskan entri tersebut di lamannya. *menulis dalam mood khayal ubat-ubatan tahap gaban* Selamat menulis, untuk blogger-blogger baharu. TUTUP....ah! ada-ada sahaja yang menjadi alasan agar tidak ditutup. Contohnya, ternati-nanti untuk mengiklankan sesuatu yang penting! *mau berhenti sekejap, tangan dan jari-jari menggeletar*

Cerita bahasa dan sekeping sijil yang terkurang nilai

Ini adalah sebuah cerita luka. Luka yang pedih sehingga saat kisah ini ditulis. Cerita sekeping kertas bernama sijil yang terkurang nilai. Tahun 1987, saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan lapan matapelajaran yang diambil, enam daripadanya saya telah perolehi kredit dan gagal sepenuhnya untuk dua lagi. Metematik dan Bahasa Inggeris. Walau berjaya memperolehi pangkat satu, sijil itu tidak berjaya membawa saya ke mana-mana. Ketika rakan-rakan seusia berjaya ke universiti, maktab perguruan, politeknik, atau ITM (waktu itu); pilihan yang saya ada hanyalah berhenti sekolah atau memasuki tingkatan enam. Malangnya, keputusan STPM saya juga kurang memuaskan dengan satu principal, saya hilang arah tujuan. Namun saya bukan jenis yang mudah berputus arah. Sampai kini, saya masih belajar, berusaha agar tidak ketinggalan. Tahun hadapan merupakan tahun terakhir untuk saya mengisi borang SPA. Perkerjaan terbaik yang pernah saya perolehi ialah bekerja sebagai pembantu guru d...