Langkau ke kandungan utama

Orang Kelainan Upaya: Antara imej di media dan realiti

Disclamair : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata.

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. 

Istilah cacat, kelainan upaya serta lain-lain istilah kadang menjelakkan digunapakai sekadar istilah mempelbagaikan perbendaraan kata kamus dewan. Hakikatnya, istillah-istilah ini tidaklah membawa golongan ini ke mana-mana tanpa empati dari masyarakat.

Betolak kepada persoalan imej OKU di media-media arus perdana, di dalam sesetangah situasi memperlihatkan ada kecenderungan 'melupuskan' ketidakupayaan dan kepayahan yang dilalui oleh golongan ini.  Kesukaran-sukaran yang diharungi oleh mereka seolah mahu ditutup rapi. Karenah birokrasi untuk mendapatkan hak 'didiamkan'. Jika perlu 'disenyapkan' sebaik mungkin. Kadang jika perlu, nyiru pun digunakan buat menutup bangkai seekor gajah.

Maka muncullah ayat-ayat klise yang berbunyi "Cacat Bukan Penghalang"  dan sebagainya. Muncullah cerita-cerita klise, istilah klise 'cekal, tabah, berani' dan sebagainya.

Seorang kawan saya ter'perasan'. "Alah-alah, balik-balik cerita seleberiti tu. Balik-balik cerita dia. Bosanlah. Banyak lagi OKU lain yang bukan siapa-siapa. Kenapa tak cerita" Rungut si kawan tersebut.

Tahukah mereka pihak berwajib apa yang telah kami lalui? 

Saya secara peribadi bukan mahu berbangga dengan bercerita tentang kejayaan diri yang tidaklah se'gah' mana. Malah saya kadang merasa malu dengan pujian melangit sedang saya bukan malaikat atau wali yang maksum dosa.

Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana 'payah'nya hidup berstatuskan lebel kelainan upaya.

Apa yang saya mahukan adalah diri diterima seadanya. Kisah-kisah luka dan payah saya tidak di'off-record'kan.

Kadang saya sudah seakan mengerti dan memahami tugas pihak berkenaan. Mengambil jalan mudah dan selamat saya akan berkata " yang ini, kita cakap off record ye " Walau hati saya ingin sangat mengutuk semahu mungkin mereka yang enggan mengerti dan pura-pura buta hati dengan kepayahan yang kami lalui.

Selebihnya boleh dibaca di  sini. Mudah-mudahan ada yang memahami.

Entri berkaitan di sini.


 



Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
dah baca link tu. aku rasa idea dah ada, cuma perlaksanaannya yang macam ajak-ajak ayam... ada elemen rasuah tak agak-agaknya?
so'od berkata…
Memang berat lagi bahu memikul ...*hilang kata2*
Lily Abdullah berkata…
So'od dan Nizam,

Ya..begitulah. Tulis--tulis lepaskan geram.

Dah tahu, kadang macam tuang air ke daun keladi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...