Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kawan

Rindu

Pada hari aku ingin bersunyi dan rindu, aku datang ke blogspot. Serius! Blogspot adalah platform yang pikun. Masa untuk bertenang dan selamba berbanding kicau Twitter, Facebook dan Instagram Akhirnya terlalu teruja nak komen aku terkomen di blog yang salah. Kah kah kah Kamu apa khabar kawan?

Sejujurnya perlu ada

Ini adalah sebuah catatan tentang kisah benar. Bagaimana kau fikir dua orang sahabat ( mungkin kenalan barangkali ) bertemu di dunia maya - aku tidak kenal engkau dan engkau pun sama - tak kenal aku - kita berdua berjumpa bergosip tentang buku, penulis dan editor. Kemudian kita bertukar-tukar buku.  Aku sanggup ajak kau masuk ke rumah aku yang macam tongkang pecah - berbau ala-ala klinik veterina - kita duduk di sofa koyak dan bercakap-cakap pasal buku petang itu. Sedang aku, hendak pelawa jiran dan kawan sepejabat pun 'segan' - aku naik risau dengan rumah yang berbau kucing - aku malu pasal sofa koyak dan kain baju berlonggok dalam bilik tidak berlipat. Tapi aku boleh ajak kau duduk atas sofa koyak rabak, meja kopi berlerak dengan buku dan kertas entah apa-apa di atasnya. Jamu kau secawan kopi yang entah apa-apa  rasa.  Lalu sepetang -petang itu kita borak-borak pasal buku.  Sedikit pun kita tidak bertanya hal-hal peribadi. Contoh - aku bole...

Cerita sepasang kasut

Pada suatu hari yang kurang enak, Dee kawan saya sakit. Dia meracau macam orang kena rasuk dan terus pengsan. Bila sudah sedar dari histeria, Dee bangun. Mencari-cari, ke mana pula hilang kasutnya. Saya pun membantu. Okay jumpa sebelah cuma! Saya terus mencari. Dan lagi. Dan lagi. Bawah katil. Tiada. Bawah loker pun tiada. Hampir lima belas minit. Saya fikir-fikir. Takkan ‘saka’ yang ada itu sorokkan kasut Dee pula. Setelah puas menjengok intai sana-sana, sini sini dan situ situ, akhirnya saya mengalah. “Tak jumpa ler selipar yang sebelah lagi tu. Dee” Dee dan kawan-kawan yang lain pandang saya semacam. Dan Tie tiba-tiba bersuara “ Bila masa pula kak Dee pakai sepasang kasut.?” Oh Tuhan! Saya lupa. Benar-benar lupa. Kaki Dee cuma sebelah. Sebelah lagi diambil Tuhan. Kami ketawa berjemaah. *dalam hati, saya sedih sebenarnya* Nota : Sekarang Dee sudah ada kaki palsu. Dan dia boleh memakai sepasang kasut. Walaupun keadaannya tidaklah sesempurna yang Tuhan ciptakan :)

Who is this guy?

Muha anak Pak Aziz Pagi tadi kali merupakan kali kedua saya bertemu anak muda berusia 26 tahun ini. Tidak banyak yang saya tahu mengenainya....tapi saya cukup tertarik dengan sopan santun,keceriaan dan keramahannya.....saya nak jumpanya lagi. Banyak yang saya ingin tahu tentangnya....Cuma yang pasti - tulisan-tulisan dalam blognya senada dengan saya....tapi kami menggunakan ayat yang berbeza. Adikku, maafkan kakak.- mencuri photomu untuk dipaparkan di sini. Tiada ku tahu apa ceritamu...tapi aku tahu kau akan tabah selalu.