Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel random

Bermula dengan Basmallah diakhiri dengan selawat ke atas kekasihMu

Via carian Google.com Tulus dari kerdilnya sang nurani  jika mahu aku dijemput pulang undanglah si khilaf ini penuh penghormatan Semoga kepulangan tidak terbeban dosa berlimpahan Mohon dihijabkan keaiban berkat keampunan Rahim dan Rahman sifatMu Moga hanyir dosa takkan terbau sampai ke kuburan Wangian pahala terus seharum kasturi mekar sepanjang zaman sehingga dibangkitkan pada hari perhitungan Amin!

Separuh hari kekurangan kata-kata telah selesai

Ejen insuran asyik call nak promote produk mereka, Entah dari mana-mana dia dapat nombor saya. Pengakuan  Hari ini saya banyak dosa. Saya marah orang. Peliknya saya, kalau marah orang, saya menangis. Saya kena marah pun saya menangis. Menunggu hujan teduh , ( Macam tajuk karya-karya agong :p ) Saya sudahkan kerja yang berdateline 5 Januari, Gagal siap juga. Kerja yang ada sangkut paut dengan orang lain memang susah siap apabila orang yang diharapkan enggan berkerjasama. Sakit hati. Makan hati. Nota kepada Encik Boss : Jangan asyik "bambu" saya dalam meeting. Minta cepat-cepat KPM lantik warden yang bukan di kalangan para guru.  Tidaklah terbeban tugas mereka dan menjejaskan reputasi kerja saya juga. Banyak la hang punya reputasi . Mungkin itu salah salah solusi kepada kelewatan saya.  ( Macam la Encik  Boss engkau baca hihi..) Sabar. Sabar. ( Doa pada Tuhan semoga orang itu faham kesulitan saya ) Escapism Teringat pada seseorang....

Catatan-catatan kosong tentang diri

Ada banyak faktor untuk saya percaya bahawasanya halaman saya sudah tidak lagi ditatapi ramai orang. Trafik dan komentar mungkin salah satu petanda. Saya semakin menjadi suka hati, untuk menulis suka-suka hati saya. Bila masa pulak kau tulis hebat-hebat wahai makcik he he he.. Jam 4 petang. Saya mencuri sejam dari waktu kerja saya dengan membaca halaman kawan-kawan. Halaman Hana Tajimakira misalnya atau halaman MakBonda dan Puan TM kita yang terabai salah satu blognya itu. Saya sangat letih. Sejak kembali bekerja selepas kemalangan yang membuat saya rasa hampir hilang nyawa, saya buatnya dengan bersungguh-sungguh sehingga terlupa saya ini ada isu kesihatan yang serius.  Kerja 2012 belum selesai. Kerja bulan Januari pun begitu juga. Kerja bulan Februari bakal menyusul. Mengisi maklumat pelajar dalam data Sistem Maklumat Asrama amat memenatkan jiwa raga. Mahu mengeja nama generasi baru  adalah di antara benda-benda yang buat saya jadi sangat-sangat geram. Itu be...

Random

Apabila blog tidak lagi dibaca oleh ramai orang, maka bolehlah kita menulis secara 'runcit'. Pinjam istilah Hana Tajimakira. (Sila claim royalti ha ha ) Tulis yang ringan-ringan tanpa guna istilah-istilah yang bombastic . Melebih-lebihkan sudu dari kuah (senyum) Mulakan dengan cerita azam yang tidak menjadi. September sudah sampai separuh hari.  1. Simpanan saya sangat jauh dari istilah 'cukup' untuk beli tiket kapal selam terbang mau tengok salji. 2. Berat badan bertambah-tambah siap dengan kenaikan kadar cholesterol secara mendadak. 3. Tentang kerjaya, nampaknya tidak berjaya. Tapi saya patut bersyukur kerana ada kerja. 4. Novel, tersangkut di situ lah juga. 4. Cerpen, sudah 2 tahun tidak menghasilkan apa-apa. 5. Sajak, tulis kecil-kecil hanya di blog sebab tengok dan belek-belek sajak saya 'bukan jenis yang tersiar' di media perdana.    Itu saja. Saya bersyukur. Tapi tidak menipu kadang saya rasa saya memang 'loser'. ...

Mereka dan sepasang tangan ajaib

 i. Sepasang tangan ajaib gred A akan merubah yang ada kepada tiada dan yang binasa kepada sempurna walau tidak secara total barangkali. Begitulah dia. Apabila diwar-warkan dia akan melawat kawasan tertentu, maka dalam masa kurang sebulan ada jalan berlopak akan berturap. Semak-samun bertukar menjadi hijau dan lapang. Surau usang disolek cat baru.  Sepatah kata untuk dia. Datanglah ke lokasi saya. Semoga bangunan bocor sana,tembus sini akan segera dibaiki tanpa mengikut karenah 'beruk' krasi.  Tanpa alasan kekurangan peruntukan atau dana perlu mengikut prosuder yang ditetapkan. ii. Sepasang tangan ajaib milik saya tidak lagi bermakna, apabila saya gagal melunasi tanggungjawab dan impian. Sentuhan tidak lagi menjadi keajaiban. Sungguh saya berhak untuk merasa kecewa. Entah bila saya mampu bangun dan meneruskan mimpi. iii. Dia punya sepasang tangan yang mampu menulis biasa-biasa sahaja. Tiada isu-isu besar seperti LGBT, murtad dan aurat atau isu...

Random

WWW Mereka membida kegadisanku sehingga terlupa masih ada sekoloni semut sedang terbiar kelaparan. Labah-labah pula bertungkus lumus membaiki teratak yang pecah roboh dikerjakan ribut kehidupan. Hoore-hoore Mereka mengingati ulangtahun pemergiaanku dengan cara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan di dunia yang aku duduki sekarang. Pilihanraya Adakah memilih untuk tidak memilih juga satu pilihan? Jika ya, aku mahu memangkah kotak yang berkenaan. ps : Rindu.