Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kerja

Kejujuran, maaf kadang saya tidak yakin kamu ada

Saya mencari warna kamu di dalam diri sendiri. Kadang kamu berwarna putih, kadang hitam pekat dan kadang saya tidak pasti lagi apa warnanya. Titik! Baru-baru ini, saya mengenali sesorang. Perempuan. Sopan. Menutup auratnya sebegitu lengkap sekali. Bibirnya tidak berhenti mengucap kalimah suci dan berselawat sentiasa. Rupanya, dia hanya memakai topeng. Saya merasa tertipu dan diperbodoh-bodohkan. Barangkali dia ibarat sebuah buku, cantik kulitnya. Lama-lama dibaca isi perutnya meloyakan jiwa. Dia menipu timbangan. Di hadapan saya, timbangannya betul. Tepat. Rupanya, di belakang saya, diarahkan pekerjanya menguranngkan timbangan dan memasak kurang dari yang sepatutnya. Sempat lagi dia berpesan kepada pekerjanya; di hadapan warden, guru-guru dan saya bagi makanan betul-betul. Biar berlebihan. Dengan anak-anak minta dikurangkan. Tidak cukup dengan itu, dilaga-lagakan saya dengan warden. Rupanya Allah jualah yang mengetahui niat buruk jahatnya. Pekerjanya sendiri yang membongkarkan rahsia...

INI SURAT PERKELILING bukan SURAT BERANTAI

19 November 2007 PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (13/2007) Semua Pelajar-pelajar Pra Siswazah XXX University Malaysia YBhg. Dato’/Tuan/Puan, PERLAKSANAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing program-program yang ditawarkan, di samping melahirkan para graduan yang mampu menguasai Bahasa Inggeris, pihak Universiti telah memutuskan untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran, kecuali bagi kursus-kursus bahasa. 2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa perlaksanaan penggunaan Bahasa Inggeris ini akan bermula pada Semester Mei 2008. Dengan perlaksanaan dasar ini adalah diharapkan graduan XXX akan lebih berdaya saing di dalam bidang pekerjaan masing-masing. Sekian. Terima kasih. NOTA KAKI : Aku tertanya-tanya,jika kita tidak mahir dalam penggunaan bahasa yang aku tidak berapa faham itu, adakah bermakna kita BODOH dan tidak p...

Cerita pagi

Hari ini aku terlewat lagi ke tempat kerja. Dan jika dalam bulan ini aku terlewat sebanyak-banyak yang mungkin – gajiku digergaji lagi. Sampai di pintu pagar Leman tegur “Lewat lagi kak?”. Aku cuma tersenyum kelat. Bukan aku yang buat hal. Aku seperti kebiasaannya. Terpacak di stesyen ini jam 6.30 pagi. Tiada sesiapa pun salahkan pemandu komuter. Lambatnya mengalahkan siput babi. Sampai di kaunter tiket LRT, aku hulur not RM 1. “Kad ada kak?” Tanya si adik petugas di kaunter. “Kad apa?” Aku tanya buat-buat bodoh. “Kad JKM ke? Ada “. Aku hulur kad warna oren( Kad bagi OKU ketegori “Cerebral Palsy”). “Bukan kad ni kak. Kad RapidKL untuk dapatkan tambang separuh harga”. Adik itu menjelaskan sambil minta aku tambah seringgit lagi. RapidKL pulak menyusahkan aku. Takkan mereka tak kenal orang cacat. Lagi pun yang jenis macam aku, bukan boleh buat-buat cacat. Lainlah jika orang nak melakonkan watak si buta. Atau sememangnya mereka buta perut. Aku tanya si adik petugas bagaimana nak buat kad...

WHAT A DAMM STUPID THING!!! -part 3

Jika saya katakan orang besar(terutama politician dan seangkatan dengannya) memang suka menyusahkan orang kecil,agaknya berapa orang yang akan bersetuju dengan saya? Tak ramai rasanya... Dua hari lepas saya "berperang" kecil dengan head teacher saya. Puncanya - saya disuruh(diwajibkan) datang bekerja esok dan lusa. Bukan saya seorang,semua pekerja. Bukankah cuti sekolah telah bermula...tapi dek kerana seorang "menteri" ni nak datang...maka sekolah pun dibuka untuk dua hari lagi. Aiseh....menyusahkan saya dan merosakkan segala program yang saya rancang di musim cuti yang saya rasa lebih berfaedah untuk diri saya sebagai OKU daripada tercegat menanti pak menteri tersebut. Bukan dipandang saya pun,saya cuma kuman diseberang lautan..... Mati-mati head teacher tu nak saya datang siap dengan ugutan lagi. Inilah antara dialognya yang saya hafal: Saya : Maaf, I need to tell you something. HT : Haa...ada apa? Saya: I can't come to school on Mon & Tuesday. I have to a...

WHAT A DAMM STUPID THING!!!

Saya selalu membaca blog saudara Hamizi - tujuannya cuma satu untuk mencari ilmu agar tidak ditipu majikan,diperkudakan oleh oleh rakan-rakan sekerja dan menjadi seorang pekerja yang amanah. Mudah-madahan saya tidak makan gaji buta dan dipersoalkan di akhirat kelak. Tahun depan meupakan tahun ke 3 saya berada di syarikat tersebut. Persatuan yang ala-ala memperjuangkan nasib OKU gitu. Namun begitu entah kenapa,sejak akhir-akhir ini saya rasa diri saya begitu terianaya di buat dek majikan saya. Saya tidak ada deskripsi kerja. Cuti umum pun (bukan atas kemahuan saya),gaji saya tetap hilang. MC saya selalu "hilang" Pergi exam pun gaji hilang. Nama kerja saya dalam surat perjanjian(kontrak) adalah pembantu guru. Tapi di samping mengajar saya juga kena menyapu,mengemop lantai,mengelap tingkap & komputer.) Baru-baru ini saya disuruh buat "maintainance"komputer. Tahun depan saya di suruh mengajar Autocard untuk budak-budak yang ada learning disabilites(memang gila p...