Kebosanan………bukan sebab hujan. Harap maklum. Pagi ini hujan. Rintik-rintik. Saya mula dilanda kerisauan. Walau tidak sampai ke tahap maksima, walau saya cuba memujuk hati. Hati tetap hati. Kadangkala ia enggan berdengar bisikan minda mahupun iman. Saya yang kurang fakir dan tidak juga kaya pun fikir-fikir(baca: berangan-angan). Jika berkereta tentu sahaja tidak kebasahan. Ya,tidak kedinginan. Tidak dimarahi kerana kelewatan. Suatu hari suami berkata “Kalau mampu pakai kereta kan bagus”. Kata saya, “Kita mampu ke bang?” Dia diam. Barangkali dia yang tidak fakir dan tidak juga kaya pun berfikir-fikir juga. Kawan-kawan dan saudara-mara bertanya “Korang bila lagi nak beli kereta?” Seperti kebiasaan, saya jawab dengan senyum. Ya, dengan senyuman. Yang kelat-kelat itu. Sebenarnya, saya ingin sekali menjawab begini. “Kalau beli kereta pakai oksigen, dah lama aku beli. Jika ada kereta yang tuang air,boleh meluncur berkilo-kilo meter,tentu saja aku mampu. Dan jika kerajaan Malaysia menwar-warwa...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi