Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dunia perkerjaan

Reset minda yang kadang kau pura-pura tidak tahu apa patut reset

Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi. Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya"  Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof. - Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -. Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan.  Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog.  Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai.   Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri. POPPY DAN LELAKI DI KACA TV. Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV.  Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekono...

Separuh hari kekurangan kata-kata telah selesai

Ejen insuran asyik call nak promote produk mereka, Entah dari mana-mana dia dapat nombor saya. Pengakuan  Hari ini saya banyak dosa. Saya marah orang. Peliknya saya, kalau marah orang, saya menangis. Saya kena marah pun saya menangis. Menunggu hujan teduh , ( Macam tajuk karya-karya agong :p ) Saya sudahkan kerja yang berdateline 5 Januari, Gagal siap juga. Kerja yang ada sangkut paut dengan orang lain memang susah siap apabila orang yang diharapkan enggan berkerjasama. Sakit hati. Makan hati. Nota kepada Encik Boss : Jangan asyik "bambu" saya dalam meeting. Minta cepat-cepat KPM lantik warden yang bukan di kalangan para guru.  Tidaklah terbeban tugas mereka dan menjejaskan reputasi kerja saya juga. Banyak la hang punya reputasi . Mungkin itu salah salah solusi kepada kelewatan saya.  ( Macam la Encik  Boss engkau baca hihi..) Sabar. Sabar. ( Doa pada Tuhan semoga orang itu faham kesulitan saya ) Escapism Teringat pada seseorang....

Tanpa tajuk

Seorang aku masih lagi belum berganjak dari pelantar mimpi walau jasadku telah terbuat tugasan lain Aku sang pemimpi sedang melunasi amanah demi kelangsungan hidup mencuri seminit dua waktu melampirkan gian meneruskan larian di litar kehidupan ps: contoh kerja - laporan pematauan,laporan kerosakan, mengelidah dapur orang, analisa peperiksaan. penarafan itu ini.. Aduh! aku wajib  bersangka baik sama Tuhan Sila abaikan tulisan bodoh ini. Nanti aku padam dari entri.

Random

Apabila blog tidak lagi dibaca oleh ramai orang, maka bolehlah kita menulis secara 'runcit'. Pinjam istilah Hana Tajimakira. (Sila claim royalti ha ha ) Tulis yang ringan-ringan tanpa guna istilah-istilah yang bombastic . Melebih-lebihkan sudu dari kuah (senyum) Mulakan dengan cerita azam yang tidak menjadi. September sudah sampai separuh hari.  1. Simpanan saya sangat jauh dari istilah 'cukup' untuk beli tiket kapal selam terbang mau tengok salji. 2. Berat badan bertambah-tambah siap dengan kenaikan kadar cholesterol secara mendadak. 3. Tentang kerjaya, nampaknya tidak berjaya. Tapi saya patut bersyukur kerana ada kerja. 4. Novel, tersangkut di situ lah juga. 4. Cerpen, sudah 2 tahun tidak menghasilkan apa-apa. 5. Sajak, tulis kecil-kecil hanya di blog sebab tengok dan belek-belek sajak saya 'bukan jenis yang tersiar' di media perdana.    Itu saja. Saya bersyukur. Tapi tidak menipu kadang saya rasa saya memang 'loser'. ...

12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka. Eh Adik Manis,  Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham. Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya. Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil. Saya pun rasa mahu menampal jugalah. Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim. ...

Orang Kelainan Upaya: Antara imej di media dan realiti

Disclamair : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.   Istilah cacat, kelainan upaya serta lain-lain istilah kadang menjelakkan digunapakai sekadar istilah mempelbagaikan perbendaraan kata kamus dewan. Hakikatnya, istillah-istilah ini tidaklah membawa golongan ini ke mana-mana tanpa empati dari masyarakat. Betolak kepada persoalan imej OKU di media-media arus perdana, di dalam sesetangah situasi memperlihatkan ada kecenderungan 'melupuskan' ketidakupayaan dan kepayahan yang dilalui oleh golongan ini.  Kesukaran-sukaran yang diharungi oleh mereka seolah mahu ditutup rapi. Karenah birokrasi untuk mendapatkan hak 'didiamkan'. Jika perlu 'disenya...

Belajarlah memahami

Kamu, ambil sekeping kertas dan tulis 50 patah perkataan. Mudah?  Pusingkan badan kamu .Mudah ? Siapkan satu surat dalam masa tidak sampai 5 minit. Mudah bukan ?  Jika semua soalan  yang aku tanyakan di atas jawabannya 'ya'. usah banyak bunyi dengan aku. Foto dicuri dari FB Kak Ja. Terima kasih. ps : Jawapan kepada status seseorang di Facebook.

Rupanya tanduk juga berguna

Semalam. Saya jumpa bos. Minta cuti. Saya kata mahu ke pejabat kampus induk universiti. Saya sudah banyak tertinggal.  Saya ada enam jam kredit lagi  untuk dihabiskan. Bos salah faham. Dia fikir saya mahu ambil cuti tanpa gaji untuk menghabiskan pengajian saya. "Habis tu, siapa nak tengok dan pantau asrama ?" Dia tanya. Muka nampak macam riisau. Owch! Tanduk ini berguna juga rupanya  Saya senyum-senyum. Dalam hati berbunga-bunga. Macam orang jatuh cinta. Sebenarnya saya mahu pergi ke tempat lain. Bertanya tentang status saya dan proses pertukaran. Sekadar bertanya. Belum lagi membuat keputusan. Kalau dia tahu, tentu dia meroyan ha ha.

Rebel cara aku - Siri 2

Pergi kerja tepat lapan pagi. Balik tepat lima petang, Pasang azam aku tidak akan kerja hujung minggu lagi. Dem! Semalam kontraktor baiki PA Sistem datang jam lima petang.  Hu ha hu ha..aku kena balik jam enam Semalam bos minta buat sijil penghargaan untuk para penyumbang dan bekas ahli jawatan kuasa tahun 2011. Siap ! Tapi ada sesiapa ingat tukang buat sijil penghargaan yang dimarahi bos depan orang ramai dua hari lepas?  Ada sesiapa ingat masa dan tenaga yang aku telah sumbangkan ? Plop!  "Tuhan ingat " Entah dari mana tiba-tiba Khadijah muncul Benci la engkau adik. Kenapa cakap kau sentiasa  betul dan benar.

Cuba menjadi rasional

Sangat mengantuk. Pagi tadi pergi kerja dengan mata sembab dan bengkak. Bersama luka yang masih tersisa. Air mata puas diseka. Asyik mau mengalir saja. Adik warden tertanya-tanya dan saya pun bercerita sambil menyapu air mata. Saya kata gred dan nama jawatan pun sudah bertukar. Maknanya saya tidak perlu duduk sekolah lagi. Boleh minta pindah ke Kementerian atau Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tapi saya sayangkan tempat ini. Jiran-jiran berbudi dan kawan-kawan baik hati. Kakak cleaner baik. Kakak cleaner siap tanam bunga dan hadiahkan saya dua pasu pokok bunga. Saya selalu bercerita hobi saya menanam pokok. Saya suka bercakap dengan pokok. Saya beritahu mereka, saya nak korek tanah belakang bukit mahu tanam pokok. Mereka kata melarang saya. Malah usik-usik saya lagi.  "Nanti malam, kalau Mar mimpi minta dipulangkan tanah tu macam mana?" Usik Kak Rohaya. Kak Jah, Kak Intan dan Kak Misliah ketawa terkekeh-kekeh. Akhirnya Kak Aya bawakan saya dua pasu pokok dari ruma...

Rebel cara aku

Sesudah banyak kerja yang kau buat tanpa banyak soal atau berkira tentang masa yang salah juga kelihatan  di mata dia kelemahan jua yang dijaja Sebagai manusia yang serba lemah  dan penuh sifat mazmummah dan nafsu amarah Jujurlah jawab dengan diri  ada tidak kau rasa mahu terajang tong sampah atau bakar kereta besar dia ? Kalau betul aku terajang tong sampah mesti ada yang kata ish..ish..tak padan dengan rupa Maka aku pilih untuk menangis sepuas hati malam ini. Sebuah lagu sebagai escapism

Sprinkles

Hujan. Dengan suhu 26 darjah Celsius. Mata terasa berat.  Urat-saraf sakit-sakit. Rasa macam mahu kunci pintu dan tidur dalam pejabat Haih! Oh! Tidak sanggup hendak pilih opsyen bersara 60 tahun. Kata kakak PK HEM nanti orang menyumpah sebab asyik bercuti sakit.

Tunjuk sikit pejabat engkau Lily

Meja tulis Meja taip-taip Tak cukup meja Pun tak cukup meja Eh! Lupa pula nak snap yang bahagian tertutup tu Atas pun tidak bersussun Tak cukup kabinet, atas kerusi pun jadi Sini pun boleh saja Pejabat yang kedudukannya agak terpencil, jauh dari pejabat bos dan tidak dikongsi dengan sesiapa boleh menjadi sorga. Boleh menyemakan pandangan . Jangan sekali-kali mengaku engkau malas berkemas. Kalau Khadijah datang,mesti dia geleng kepala seratus kali. Kalau encik-encik dari PPD datang, saya akan keluar dahulu.  Tunjuk mana-mana lokasi kerosakan. Jika diberitahu ada pemantauan jabatan, saya berkerja lebih masa dua hari dua malam. Sebetulnya saya tersepit, mahu siapkan kerja atau mengemas. Tunggulah, cuti Krismas nanti saya cuba megemas. Eh! Ngeri pulak. Yang tertinggal cuma abang-abang jaga.

"Hei perempuan tugas kau bukan membuat spekulasi"

Hujung minggu. Ketika orang bercuti dan memasak untuk suami, saya asyik mengemaskini data SMA short form kepada Sistem Maklumat Asrama. Naik turun tangga dan berpusing tiga empat kali dua blok bangunan untuk memastikan semua kerosakan dan kecacatan bangunan telah dilaporkan.  Takut-takut jika blok bangunan ini runtuh dan segela malapetaka lain yang berlaku, tiada jari-jari runcing menuding ke muka saya.  Sedikit makluman, sewaktu saya mula bertugas blok bangunan ini memang telah rosak teruk sejak siap pembinaannya. Dari jauh nampak cantik. Sudah dekat tahulah.  Longkang retak, kaki lima retak, sana bocor dan sini tembus. Entah bagaimanalah projek ini boleh lulus.  Cakap banyak nanti, 'ke dalam'. Jadi bak kata Nabil " Lu fikirlah sendiri" Bercakap banyak apatah lagi yang benar adalah berdosa. Apatah lagi kuli kecil seperti saya. Sesudah habis berkeliling bangunan, masuk pejabat dan mula mengemskini data inventori.  Rasa hendah muntah. Mabu...

Laut apabila surut ia kelihatan umpama padang pasir

Tekanan kerja untuk tga bulan terakhir ini begitu hebat.  Kadang nafas sesak. Tercungap keletihan.  Imsomia Mengigau dimarahi ketua jabatan Mengigau dibuang kerja Igauan-ingauan buruk tentang pertukaran paksa. Ah! Yang bukan ingauan. Memang ada 'tangan-tangan' jahat dari luar minta saya ditukarkan. Konon saya tidak layak untuk jawatan ini. Tolonglah! Beri saya ruang. Muka bumi Tuhan ini sangat luas.  Seorang manuzia tidak sempurna fizikal dan segalanya ini hanya mahu satu titik untuk diri. Tolonglah! Tolonglah jangan buat saya muntah dan ludah ke muka kamu.

Cerita Macam-macam

Enam puluh tahun Terketar-ketar naik tangga buat pemeriksaan bangunan. Pukul 8 masuk dewan makan dan naik baran bila yang ditimbang tidak mencukupi dan barangan gagal memenuhi spesifikasi. Naik darah tengok claim Makcik Rozie puluhan ribu RM sedang perkhidmatan yang ditawarkan macam .........(isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri) Encik/Puan/Cik Boss asyik mahu semua kerja dipercepatkan. Sedangkan diri dan keupayaan makin  slow . Cerita lain "Bulan ni gua stress kak" kata adik kerani kewangan tukang kuli kira gaji. Yes,gua faham dek! Maunya kau tidak tertekan mengira gaji orang naik ribu-riban. Gaji kita naik hihihi..:p Cerita berkaitan. di sini ...dan mungkin jugak di sini .  Yes! gua faham. Alangkah baik jika pasir boleh ditanak Nota kaki WL: Entri-entri terkini kadang ditulis mengikut perasaan yang tidak begitu stabil. Lepas baca, sila abaikan.

Catatan Dinihari

Akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan komentar Tok Rimau di dalam salah satu entri saya. " No pain, no gain " Agaknya itulah puncanya tulisan saya semakin tidak berjiwa. Tambahan pula berhadapan dengan situasi kesibukan yang semakin menggila. Malam-malam buta masih mahu ke ofis. Hujung minggu saya ponteng kelas kerana memenuhi tuntutan kerja.  Sudah hilang rasa. Menulis itu perlukan masa. Masa untuk merasai dan berfikir.  Saya sudah kehilangan rasa. Masa juga. Masa yang ada dihabiskan dengan memenuhi  tuntutan dan tanggongjawab kerja. Berpusing sebentar, Makcik Rozie akan hilangkan 2 kilogram anggur. Terlalai sekejap, 3 kilo daging akan berkurangan. Air minuman bercoklat nampak bumbung. Makcik Rozie memang sungguh David Copperfield! She's a good magician. Kadang kita cuba sebaik mungkin untuk mengikut peraturan dan menjunjung arahan. Yang menjadi dilema, kadang arahan tidak konsisten dengan peraturan. Tersepit sesak di tengahnya. "Saya boleh buat penge...

Lagu untuk hari dan minggu-minggu yang sesak

Isnin mampir. Selasa mahu berpergian. Enggan. Nanti sampai surat cinta tunjuk sebab. Fikir positif sahaja. Barangkali ada pengalaman manis untuk dikongsi. Berjauhan seketika. Lari dari rutin. Mungkin bagus buat diri. . . Selepas berpergian. Banyak laporan menanti. Aduh!

Kacang Botol Makcik Rozie

                                                                 Sumber foto  Ini kacang botol makcik Rozie yang 'segar' Sumber : Chantiqs Ini yang 'segar' di mata saya. Cantik,segar atau apa-apa sahaja punya tafsiran yang berbeza.  Dan,pekerja Makcik Rozie pun berkata "Nak segar petik dari pokok la kak!" Membela majikannya. Nasib baik di situ tiada cili segar. Nasib baik sungguh!

September dan sebuah catatan terbuka untuk Ayako

Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan. September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut. Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi "O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!