Langkau ke kandungan utama

Separuh hari kekurangan kata-kata telah selesai

Ejen insuran asyik call nak promote produk mereka, Entah dari mana-mana dia dapat nombor saya.

Pengakuan 

Hari ini saya banyak dosa. Saya marah orang. Peliknya saya, kalau marah orang, saya menangis. Saya kena marah pun saya menangis.

Menunggu hujan teduh, ( Macam tajuk karya-karya agong :p )

Saya sudahkan kerja yang berdateline 5 Januari, Gagal siap juga. Kerja yang ada sangkut paut dengan orang lain memang susah siap apabila orang yang diharapkan enggan berkerjasama.

Sakit hati. Makan hati.

Nota kepada Encik Boss : Jangan asyik "bambu" saya dalam meeting. Minta cepat-cepat KPM lantik warden yang bukan di kalangan para guru.  Tidaklah terbeban tugas mereka dan menjejaskan reputasi kerja saya juga. Banyak la hang punya reputasi. Mungkin itu salah salah solusi kepada kelewatan saya.  ( Macam la Encik  Boss engkau baca hihi..)

Sabar. Sabar. ( Doa pada Tuhan semoga orang itu faham kesulitan saya )

Escapism

Teringat pada seseorang. Saya pun suka lagu Indon macam Hana Tajimakira.



Kurang suka versi ini.  Tapi  boleh saja. Sekadar hiiburan oke.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
aku pun kerja bersangkut dengan kerja orang. kalau dia tak bergerak sama laju dengan kita, akibatnya perjalanan kita akan tersengguk-sengguk...
sepa berkata…
internet kat sini slow, kak! tak habis saya dengar lagu tuh...! nanti bila internet laju, saya ke sini lagi dengar lagi sekali. :)
Lily Abdullah berkata…
Alla Sepa, lagu Inddn Dewa19 tu.Akak masih lagu tu,tapi tak dak kena mengena dengan Hiroshi ye

Cuba gugel entri kak, tajuk "lelaki-laki itu."

Zam,
Memang lah sgt sakit hati sebab yang nak mengdap bos jabatan tu akak. Takkan kak nak cakap dia hilangkan borang maklumat pelajar.

Itu masalah dalaman yang patut selesai sesama kita je. Takkan benda2 kecik pun nak bawa ke jabatan.

Haih payah..
sepa berkata…
suara Ahmad Dhani memang lunak. :)
akirasuri berkata…
Lagu-lagu Indo memang best. Saya suka! :D
Lily Abdullah berkata…
Kita sangat suka lagu Kekasih gelapku - Ungu. Tapi takut punya kekasih gelap akan menggelapkan hati.

Minta Tuhan lindungi.

Ameen.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...