Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tentang diri dan sebuah fiksimini

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang. "Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?' Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan. Kredit : http://www.lurvely.com/photo/3817544476/Rainy_Days_and_Mondays/  

Tua

Setiap kali kau menyisir rambut, peratusan yang gugur dan berwarna putih dan separa putih adalah lebih tinggi. -Lily-   Sebuah kisah benar yang difiksikam dari blog yang bakal ditutup Dia dan di antara ribuan kisah cinta pic via carian www. Google.com.(tak ingat sumber) Ini sebuah kisah cinta tidak berkepentingan. Dia dinikahi oleh lelaki berusia kerana faktor kemiskinan. Konon mengelak diculik dan menjadi gundik Jepun di zaman perang. Zaman itu, maruah seeorang perempuan adalah emas. Lalu, dia menghabiskan zaman mudanya dengan menggauli lelaki tua sebaya bapa dan menjaga tujuh anak-anak tiri sebaya diri. Malah anak tiri paling sulong, lebih tua darinya dan panjang akal. Dia, terus mencintai suami tuanya tanpa sebarang kepentingan. Lurus dan tulus. Saat suami tuanya yang kaya itu tenat, anak tiri yang panjang akal itu menghantar dia pulang ke pangkuan keluarga. Konon, mereka mampu menjaga si ayah yang tenat. Akibatnya, dia tidak dapat menuntut apa-apa habua...

Warkah terbuka - semoga kamu ambil peringatan

Kau dan aku bukan siapa-siapa. Kita saling kenal kerana sebuah artikel di surat khabar. Selebihnya kita ber'sms' . Jadi kau jangan marah kalau aku tidak membalas. Aku kadang memerlukan ruang untuk diri.  Bukan aku tidak simpati atau memahami. Aku pun pernah melalui hari-hari yang sunyi. Garis masa yang tiada sesiapa pun mahu lalui. Okay, kau kata aku boleh berjalan. Tidak sepayah engkau hanya mengesot dan dunia engkau hanya dalam rumah.  Ya, barangkali benar. Tetapi jika kau benar-benar kenali aku, kau pasti tidak ucap begitu. Apa kau fikir aku tidak pernah menjadikan rumah itu duniaku. Aku pernah kawan. Jangan kau cuba beritahu aku kepedihan itu.  Aku nasihatkan engkau kawan. Belajar dan cari ilmu sebanyak mungkin. Tapi kau tidak pernah mahu dengar.  Asyik kirimkan aku puisi melancholia . Sekali lagi, aku ingatkan kawan. Puisi begitu tidak meredakan kelaparan. Sama sekali tidak menghilangkan kehausan.  Untuk basahkan teka...

"Maaf ! Ini hari bodoh saya, puan pengetua " Anne Lily

Penggera telefon tangan mencanak-canak menyanyikan lagu Bruno Mars. Anne tahu dia harus bingkas mandi, menyediakan apa yang perlu seperti yang tersurat dalam rutin. Anne bangun, menyelak selimut segera ke kamar mandi. Badannya sakit dan tangan mengebas. Juga rutin di waktu pagi dan menjelang dinihari.  Sesudah bersolat, Anne kembali ke katil. Encik Suami terpinga-pinga melihat Anne kembali menarik selimut seraya bertanya. " Awak cuti lagi ke?" 'Yup! Sila jangan cemburu dengan mem awak. Masak pun saya cuti hari ni.." Anne buat muka penuh riak. Encik Suami terdiam. Tiada kuasa melayan. Dia sudah terlambat.  **** Encik Suami sudah berangkat sejam lalu. Mata Anne enggan juga pejam walau dia cuba menyambung tidurnya. Seperti ada sesuatu yang  tidak kena. Anne cepat-cepat mengemas apa yang perlu. Secawan kopi dan sekeping roti sudah siap untuk dijadikan alas perut.  Sesudah menelan mak nenek ubat-ubatan segera dia mengadap pc. Mengemaskini blog dan mengadap Faceboo...

Analogi

Sakit  Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Kadang tersenyum. Menyimpan rusuh dan derita dalam diam. Pagi Sudah mula menampakkan separa senyuman. Mata masih enggan pejam. Otak ligat berfikir bagaimana mengatur timbunan tugasan ketika matahari celik keesokannya Laut Menyukai kamu. Tapi fobia dengan pasang surutmu. Gelora yang tidak terjangka. Lalu, aku hanya duduk memandang. Mencari garis sempadan di antara engkau dan langit. Namun yang kelihatan hanya kabus. Berbalam-balam. Sangat menyukai kamu. Tapi sekadar mampu berdiri di gigi air masin, menguis pasir. Sekali dipaksa terjun dan berenang terasa nafas sesak. Menggigil bukan kerana kedinginan. Tapi kegugupan melawan ombak kadang menggoyah harapan. Bertahanlah wahai diri yang kerdil dan tidak pernah terlepas dari khilaf!

Dari kedua telapak tangan kosong yang ditadah ke langit

Sumber  Foto Aku adalah aku di mana pun tempatku berada. Berusaha menjadi diri sendiri di tengah bicara kosong dan dusta mereka Hidup terasing di tengah kecintaan para ektrimis duniawi Sedaya cuba menafikan rasa di dalam lubuk hati dan naluri untuk selalu berkata jujur. Terbalut rapat hedonisme yang telah menjadi kunyahan harian. Kemunafikan yang meluncuri bibir dari waktu ke waktu. Aku, barangkali juga kalian terpaksa hidup dalam pembohongan, demi menutup bangkai serakah. Demi menjaga hati orang,terkorban prinsip dan pegangan diri. Kadang waktu ! Menghancurkan segala. Dimulai dari kehormatan diri hingga segala kekayaan hati.  Sehingga tiada lagi yang tersisa kecuali setitis embun di tengah lautan tinta. Hati pun bertranformasi. Berubah wajah. Sekeping hati kini, adalah batu karang yang ditutupi lumpur dan lumut.  Laut, seperti yang kita maklum tidak sebiru yang kita duga. Kita sebegitu berani menerjang ombak besar nan perkasa. Padahal diri hanyalah selonggo...

Berbicara bersama bulan

<p><br>.</p> Semalam, dia tiada sesiapa. Lantas dia memilih untuk bercerita dengan Tuhan. Kemudian, berbicara dengan bulan. dan seekor kucing tidak comel sebagai teman. . . . Pagi baru menyusul lagi mencipta episod baru untuk hari ini. Dia menerung ke dalam diri yang punya banyak khilaf. Mengaku kepada diri dan Tuhan akan penderhakaannya. Barangkali sebagaimana dia mengaku Dia pembeli buku yang derhaka Juga seorang yang penulis yang khianat dengan impiannya. Mutakhir ini, hidupnya menjadi kelam kabut Lantaran melakukan perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Tapi dia yakin, dia telah melangsaikan tanggungjawab dan amanah sedaya mungkin. Pentas, dia merindui kamu. Tapi itu tidak akan membawa dia ke syurga hakiki. Dan sebuah sajak untuk tatapan teman-teman. Yang entahkan benar tersiar,entahkan tidak HENTIAN PUDURAYA DALAM KENANGAN   1/ Saat aku turuni tangganya, Pandangan terus tertancap...

Lima musim

Oh! Rupa-rupanya sudah hampir 5 tahun menulis dan berkongsi cerita di halaman ini. Kesimpulan yang dibuat, entri semakin ramai yang membaca. Komentar semakin kurang.Tidak mengapa, saya pun semakin jarang bertandang ke halaman kawan-kawan. Jika ada pun,kadang membaca dan mencerna dalam diam. Adam Zhacary Sungguh, saya tidak tahu. Anak manis tampak sopan dan pendiam yang selalu memberikan salam dan tersenyum kepada saya itu rupaya anak bujang Allahyarhamah kak Dalillah Tamrin. Ah! Betapa dunia ini sederhana kecil. Tamtam  Ibu saya sudah meninggalkan saya. Dikuti oleh adik-adik yang masih mnyusu dan belum celik mata.  Saya tidak semolek anak kucing yang dijual di kedai-kedai haiwan peliharaan. Tapi, saya bertuah. Seorang perempuan, sanggup menyayangi saya tanpa syarat. Nama saya Tamtam. Rupa tidak comel. Berbulu hitam pendek. Baka tempatan. Ibu melahirkan saya di bawah mesin basuh perempuan yang menyayangi kami tanpa syarat. Tamtam Nota:  Tika entri ini ditulis,...

Apa yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel sebahagiannya sudah ditulis di sini

Hari Isnin datang lagi. Sekali lagi perlu memakai baju yang paling skema dan bersiap seadanya.  Pergi buka ofis, naik dua blok bangunan,pergi dewan makan. Buat komplen pasal dapur orang. Dapur sendiri pun berselerak Dan yang tidak tertulis di dalam sebuah artikel, adalah berapa banyak airmata yang telah ditumpahkan untuk berada di tempat sekarang. Saya barangakali sebahagian  Burke Ryan dalam filem Love Happens Sehingga dituduh hipokrit oleh salah seorang pembaca. Yes. Saya hipokkrit. Demi kelangsungan hiidup. Dia tidak akan mengerti apa yang telah saya lalui untuk berada di tahap ini.  Masakan dia begitu mengenali saya dengan hanya membaca sebuah arikel. Untuk tidak memanjangkan sengketa, saya mengiyakan tuduhannya. Saya kira berdebat tentang hipokrit, tiada penamat sampai kiamat. Terima kasih untuk panggilan dan sms serta komentar di blog. Gembira mendapat kenalan baru dan pangillan sahabat lama.  Saya tahu, selama ini ramai yang mencari saya. Tapi saya berdi...

Jangan ambil mudah dengan aku!

Sungguh wang dan kekayaan itu sorga. Kau mampu beli bangunan dan hati serta kemunusiaan atau barangkali sifat-sifat kebinatangan yang wujud di dalamnya. Harus aku ucap terima kasih kepada engkau! Dan tahniah! Apa kau fikir dengan wang kau derma di sini-sini, di sana, di sinun; kau beli karpet surau atau sambungkan air buat anak-anak di asrama berwuduk bisa memotong dosa kau. Yang tidak pernah surut-surut guna taktik kotor menginaya orang seperti aku. Aku sesak nafas si kaya. Hanya beberapa detik sahaja lagi. Berikan aku sedikit ruang untuk sama-sama kita bernafas. Hey, jangan kau harap aku akan pergi mati. Selepas aku kesat airmata ini, aku akan bangkit berjuang dan bermula lagi. Jangan kau fikir, kalau kau sepak kaki tempangku ini aku akan terus jatuh. Aku akan bangun dan melawan! Sekian.

Di hari dia terasa mahu memilih untuk menghadam racun

Hari Sabtu hujan turun rintik-rintik. Hari Sabtu bagi dia sama sahaja seperti hari berkerja yang lain. Apatah lagi semalam magis yang dinantikan tidak muncul. Sakit gigi adalah satu penyiksaan yang amat-amat tidak terkata. Memang, kesakitan walau dalam bentuk apa pun adalah gambaran yang tidak mampu diayatkan dengan sebarang kata puitis bentuk baru. Kalau yang klise itu sudah selalu-selalu kamu baca dalam novel dan cerpen. Membawa kerja pejabat ke rumah adalah habit yang tidak baik. Demikian nasihat seeorang teman sepejabat. Namun, dia tidak pernah mahu dengar. Bagi seorang boss yang tahu undang-undang tetapi tidak tahu makna bertimbang rasa, di hari dia bercuti sakit pun diperintahkan membuat panggilan itu dan ini. ps: Terima kasih untuk "Racun". Hari ini saya mahu mengadamnya. Terima kasih untuk kawan yang tidak saya tidak pernah ketemu tiba-tiba amengirimkan saya "Racun". Saya tidak pandai rebiu buku. apatah lagi untuk naskah yang bagi saya agak abstrak sepe...

Semoga selamat untuk pagi yang masih hijau.

Pagi masih hijau. Dia terasa mahu rebah dan kalah. Semuanya seperti tidak menjadi.Memang tidak menjadi. Dia terasa mahu menangis. Biar awan tahu, birunya tidak lagi menghiburkan hati. Tapi pagi masih hijau. PS: Ya! menulis entri ketika jiwa sangat tertekan dengan timbunan kerja. Saya perlu melakukannya. Blog adalah escapisme.