Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel catatan 11-14 April

Kejujuran - saya sedang mencari nilai kamu.

Suasana di dewan peperiksaan yang hingar-bingar jadi diam. Para calon mula mengambil tempat duduk masing-masing. Ketua pengawas mula membacakan arahan dan kertas soalan mula diedarkan. Seluruh kamar dingin. Entah berapa darjah Celsius suhunya. Mungkin saya sahaja yang terasa amat kedinginannya. Kerana saya sewaktu berpergian, ditemani tempias hujan. Ketua pengawas mengingatkan para calon supaya kami tidak menipu. Menurutnya, ada yang sudah tertangkap dan bakal dihukum semalam. Anak kecil menipu memang nampak manis. Mungkin yang dewasa bisa membetulkan kesalahannya. Lagipun dia hanya anak kecil yang baru belajar tentang dunia. Kesilapan juga sebahagian dari proses pembelajaran. Apabila orang dewasa menipu, apa cerita? Dalam peperiksaan di peringkat tinggi pun mahu menipukah? Ini bukan ujian atau peperiksaan sekolah menengah. Ahhhh….manusia. Ada sahaja kebodohan yang disangka kecerdikan dan kepintaran. Ya…janji punya sekeping sijil. Pokoknya ada status. Soalnya, kembungkah dompet? Pangka...