Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

Si kucing berkaki tiga tidak bernama

Jam satu enam minit pagi. Mata aku masih bugar. Coco temankan aku menaip entri. Dia comel. Terima kasih Tuhan; Engkau ciptakan untuk aku makhluk secomelnya. Jika tidak, pasti hidupku jadi bosan. Dia masih comel walaupun sejak mutakhir ini sedikit garang dan ganas. Dia masih comel walau selalu mengoyak-ngoyak kertas. Bikin sampah sarap teratak kami bertambah sepah Dan Dia masih comel walau habis alatan perabot rumah menjadi mangsa cakarannya. Malah kakiku juga kekadang jadi tempatnya melepaskan geram. Bercalar sana sini. Dan di luar. Ada seekor kucing yang sedang membesar dan tidak cukup sifat. Subhanallah ! Tuhan cuma memberinya tiga kaki yang sempurna dan yang keempatnya tanpa telapak kaki dan jejari. Dia agak comel jika dijaga sempurna. Dan aku sudah tidak mampu menjaga untuk yang seekor lagi. Namun, makanan masih aku berikan setiap kali dia bertandang. Kucing berkaki tidak sempurna itu amat tabah, Dia masih survive . Dua lagi saudaranya yang cukup sifat sudah lama tid

Zaza

I. Zaza Kompas etika Cuma tunjukkan aku dan kamu Yang benar Yang salah Mungkin kita benarkan kesalahan Untuk kepentingan yang sesuatu Atau kita salahkan kebenaran Demi nafsu rakus yang berbondongan II. Zaza Kompas agama Cuma memandu kita Lorong ke syurga Simpang ke neraka Mana satu pilihan kamu Tepuk dada Soal imanmu Soal akalmu Berdebatlah dengan diri semaumu. III. Zaza Kompas moral Cuma memberi kau dan aku dua pilihan Harus pilih dosa Atau pahala IV. Zaza! Seharusnya kau layak mengerti Kompas hanya alatan penentu arah Kita harus pilih lorong sendiri. Mau ke mana kita Ke syurga Atau pilih sedikit nereka dunia Untuk ke syurga abadi kekal V. Kita bukan jarum kompas Zaza Terpulang kita mau mengikut Kiblat yang hakiki. Atau menyonsang jalan Dan sesat dalam cahaya Kamu bagaimana? Masih mencari cinta gelendangan? Dan Malam ini Zaza Mari kita selusuri Kaki lima yang sedikit basah Licin, dan sesak. Mencari syurga dan keampunan Yang masih samar Nota kaki

Dot..dot..dot

I really want kimono, obi and hair accessories!!! Tolonglah aku cukup teruja dengannya. Nota kaki: Aku sedang belajar menulis entri tidak cukup umur. Dan aku rasa petang ini, seolah aku bukan aku

Jauh perjalanan....semoga kita bertemu Tuhan.

Rumah Allah yang indah(Masjid Kobe) “Entri baru satu!” Aku mengarahkan otakku mengeluarkan apa-apa saja yang teruntun dalam sanubari. Lagaknya bagai memesan teh tarik dari kedai uncle . Mamak tua yang wajahnya,bagai mau telan para pelanggan. Tandus idea bukan sesuatu yang bagus untuk aku yang mau mencoret-corat sesuatu. Aku bukan Tomoko san . Asal tension saja, terus api rokok dinyalakan. Berhubung puntung. Bersambung-sambung. Berkepul-kepul asap ditelan hembus Tomoko san . Umur hampir lima puluhan. Dia, Kitakado san sama saja. “ I never married. But I had someone special long time ago. And we lived together ” Tomoko san bercerita pada aku. “ I divorced ” Kitakado san pun bercerita lara hatinya walau kami baru berkenalan. Api rokok mereka dinyalakan. Berhubung puntung. Bersambung-sambung. Berkepul-kepul asap ditelan hembus. “ Tonight let’s go to the bar ” Kitakado san. Dalam bahasa Inggeris loghat BBC. “ Bar ?” Aku terlopong. “ Oh, I ‘m very sorry. You don’t drink right ?” Aku

Suatu petang....saya,dia dan sekeping coklat

Suatu petang. Lelaki saya pulang. Belikan saya coklat. Jenama Cadbury . Manis. Saya tidak suka. Tiga tahun serumah. Sekamar. Berkongsi bantal kadang-kadang. Dia masih tidak arif tentang kegemaran saya. Saya suka kerepek kentang. Saya suka kentang putar. Saya suka jejari kentang yang bergoreng, sayur kentang dan segalanya tentang kentang. Tapi bukan kulit kentang ya.:p “Cubalah rasa. Sedap woo !” Dia cuba mempromosi. Promosi percuma. Saya mencebik. Buat-buat muka meluat. Memang saya meluat. Berkali saya beritau, dia masih buat-buat tidak tahu. Dia fikir, apa yang dia suka, mesti saya akan suka. Petang itu. Saya tarik muncung sedepa. Saya harap dia akan ke kedai semula. Belikan kerepek kentang saya. Lama saya menunggu. Perut saya berkeriuk keroncong. Bukan keroncong untuk Ana. Keroncong kelaparan. Kebetulan petang itu hujan. Saya buka peti sejuk kami. Cari jejari kentang untuk digoreng. Alahai! Sudah habis. Dia mengusik-ngusik. Menayang coklat pada saya. Berjenama Cadbury . Dengan harapa

Yaya si kupu-kupu

Yaya. Bagai seekor kupu-kupu. Dia bukan rama-rama. Dia sedar dirinya. Dia hanya kupu-kupu. Kehadirannya saban waktu. Disambut nista dan sumpah seranah. Ahhh ! Kejamnya dunia yang menjadikan dirinya seorang pendendam. Dia yatim. Yaya hodoh! Yaya buruk! Yaya cacat! Yaya bawa penyakit dan kesialan. Pendekata, tiada yang manis indah tentang Yaya Semua hodoh Semua buruk Semua cacat Segalanya penuh kesialan. Dan Manusia sekeliling termasuk saudara sedarah pun jijik melihat Yaya. “Jangan kamu lalu belakang Kak Ina, Yaya. Nanti kenan engkau”. Marah Tok Teh. Ketika itu Kak Ina hamil masuk bulan keempat. Kak Ina merenungnya. Jijik berdaki-daki dalam hati. Dia faham benar. Walau Kak Ina tidak mengucap sepatah kata pun. Hancur hati Yaya. Berderai-derai bagai cermin retak jatuh dari bumbung bangunan bertingkat lima belas. Waktu itu umur Yaya masih budak. Masih mentah. Tapi hatinya tetap mengerti. Mengerti amat. Dia dibenci. Kehadirannya tidak pernah disenangi. Tok Teh bukan orang lain. T

Baru setahun jagong....

Terbaru kad ucapan dari Izz Julai ini, genaplah setahun saya bergelar Water Lily . Kadang-kadang saya begitu yakin gembira dengan identiti baru saya. Lily, Kak Lily,WL dan juga Water ( ini cuma gelaran dari guru tatabahasa saya, Tuan Sinaganaga). Kadang-kadang saya terlupa identiti nyata saya. Tulisan saya pada permulaannya, buruk amat. Apa tidaknya. Saya fikir wadah blog cuma tempat untuk melepaskan geram dan marah. Awalnya, pengunjung juga tidak ramai. Hanya beberapa kerat. Boleh dibilang jari. Encik Pinter, Akhi Shah, Doc TA, Naha dan Purple Cat adalah antara pengunjung awal. Saya tidak tahu berapa ramai yang menjadi silent reader kerana waktu itu saya tidak pandai memasang segala mak nenek widget . Kecuali Faizaini , adik botak saya dan abang Edee, tiada teman-teman yang saya kenali berblog. Saya rasa blog saya jarang dibaca oleh kenalan dan saudara-mara. Pengunjungnya majoriti adalah kenalan cyber saya. Terima kasih atas segala sokongan. Saya akan terus menulis. Kerana saya

Saya "blank".....

Sejak pulang dari kampung tempohari, tiba-tiba rutin harian saya menjadi tersangat padat. Padat kerana asyik melayan sakit. Deman menjadi rutin. Tadi sore. Saya terasa sedikit sihat. Lalu, saya menghadap pc; konon-konon mau menulis entri. Alahai! Kontang idea. Lantas saya berhenti. Saya mula mengemas files dan folders lama. PC saya sudah slow macam siput. Dan saya temui puisi ini (jika bisa dipanggil puisi). Saya rindu untuk menulis entri. Tapi tidak boleh menulis separa hati. Nanti hasilnya jadi buruk amat. Tapi saya rindu untuk menulis entri. *************************************** Nishiawaji Suhumu menggelegak berbara Hingga pagi tidak lagi dingin Panas merentang hari Nishiawaji Maghrib tidak terasa Maghrib Ramadhan tidak terasa hadir Yang terhidu cuma bau hamis panas Seakan mau menghangus iman. Nishiawaji Melalui lorong-lorongmu Di waktu-waktu gelap tidak terang pun bukan Bau ikan rebus yang memualkan Loya terpaksa aku tahan Nishiawaji Melalui lorong-lorongmu Di mal