Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita kereta dan hujan

Watashi no kuruma

Anak-anak hari ini bertuah amat. Dalam perut bonda, dalam buaian sudah naik kereta. Lulus 5A UPSR pun bapa sudah hadiahkan kereta. Sebagai intro. Bukan sebab saya 'jaki' dengan kamu. Bukan sebab itu. Saya bersyukur kamu tidak perlu bersusah seperti saya. Ini cerita pokok. Saya dan Encik Suami baru membeli kereta. Biasa-biasa. Buatan tempatan sahaja. Cukuplah sesekali ke tempat kerja. Hendak-hendak pulak musim hujan begini. Jika kucing sakit, senanglah sikit kami bawa ke klinik. Selepas 9 tahun berkahwin, baru kami berjaya mendapatkan kereta idaman.  Selepas sebulan memiliki kereta, baru kami faham akan 'kesusahan' Bertambah pula dengan segala 'mak nenek' kenaikan. Ditambah pula dengan kenaikan gaji kami penjawat awam gred rendah yang kenaikannya tentulah rendah juga. Kucing kami demam. Selsema. Ada kereta pun kami berfikir dua lapan kali untuk membawanya ke klinik vet. Tidak lagi seperti seperti dulu. Asal sakit, batuk sikit pun, ang...

"Kereta Saya"

Ayako,saya dan Hiroko(Huriyaa nama muslimahnya) Satu Tengahari tadi sesudah saya mengetip kad perakam waktu tepat jam satu, saya bergegas ke luar dan mendongak ke langit. Jauh sekali mencari bintang. Langit itu gelap. Seakan mau memuntahkan hujan. Lelaki saya hari ini menunggu di bawah pejabat. Tik! Tik! Tik! Dari tiga empat titik pada awalnya, ia mula gerimis dan kemudian melebat. Kami cuma punya sehelai jaket yang bukan kalis air. “Abang pakai sebab abang bawa motor”. Saya mengalah kerana tidak mahu dia dibasahi hujan dan kedinginan. “Awak pakai laaa”. Dia menolak kerana kasihankan saya yang sejuk dan kedinginan. Sesudah tiga empat kali bertolakan, akhirnya dia mengalah. Sepanjang perjalanan pulang, sayalah yang basah,sejuk dan kedinginan. Dia juga kebasahan di tahap minimal . Kemudian, terus menuju ke tempat dia mencari rezeki untuk kami. Dua Tik! Tik! Tik! Hari terakhir saya di Nishiawaji. Hujan turun. Bukan hujan, cuma gerimis. Sewaktu saya mahu berangkat pulang. “ Jika hujan tur...