Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Menemui kamu lagi - catat kecil dari ruang paling sunyi

Kegagalan melepaskan mimpi-mimpi nan rapuh,maka terhasil ini. Catat kecil dari hati. Daerah yang bergolak dengan pelbagai ragam dan langgam rasa. Epistolari Selamat memiliki dan menekuni.

Anda tidak perlukan apa-apa pil untuk berkhayal

Jadilah penulis, pengarang dan pencatat kecil-kecilan.  Ya. Saya baharu selesai menyiapkan satu lagi 'projek khayalan' saya.  Sebetulnya - saya malu mengaku saya menulis apatah lagi mengarang. Saya panggil diri saya penulis yang 'runcit-runcit' dan pencatat kecil. Macam menyediakan sinopsis cerita sahaja. Projek terbaharu saya yang bakal terbit masih lagi projek penerbitan berkonsepkan 'indie'. Masih kompilasi. Kolaborasi bersama beberapa rakan penulis dan pembaca yang pelbagai latar belakang dan karier. Macam Kapsul Nurani. Cuma kali ini, daya khayal saya lebih tinggi. Menitipkan warkah kepada seorang bayi yang tidak wujud. Bayi saya. Gadis kecil saya. Namanya Raihana. Daya khayal itu pasti datang bukan secara tiba-tiba atau sia-sia. Tentu ada hikmah. Sekurang-kurangnya buat pujuk hati sendiri untuk terus melangkah dan tersenyum. Biasanya lagu akan menjadi inspirasi saya. Kali ini, lagu dendangan Puan Fynn Jamal - Arjuna...

Bakal berada di pasaran

Judul : Kapsul Nurani : 50 Catatan Inspirasi Penulis - Pembaca Harga : RM25.00(tidak termasuk kos pos) Penerbit : Komuniti Celikhuruf.com dengan sokongan Metromedia Solutions. Berminat? Hubungi saya via email (sicksadcity at yahoo dot com) ATAU pm via Facebook untuk tempahan. Terbitan bersama juga. Cuma kali ini diberitakan ada ISBN. Saya tidak boleh menjamin, namun percayalah buku ini akan menginspirasikan anda. Ada 50 kisah inspirasi tecatat di dalamnya.  Info lanjut di sini Jadi untuk apa menunggu?

“So many books, so little time.” ― Frank Zappa

Banyak la kau punya cengkadak alasan kan Lily? Itu belum kira Kecubung dan ada beberapa buah lagi di dalam almari.  Yang dipinjam dan dibeli. Buku-buku dalam foto pertama adalah hadiah dari Hana Tajimakira semasa kami ngopi bersama tempohari. Hadiahkan lagi ye ? Eheh tamak la engkau Lily. Bila nak mula marathon ni? Buku mana dulu? Suggestion please ! Alah..balik-balik kau ulang Laskar Pelangi jugak.

Di hari dia terasa mahu memilih untuk menghadam racun

Hari Sabtu hujan turun rintik-rintik. Hari Sabtu bagi dia sama sahaja seperti hari berkerja yang lain. Apatah lagi semalam magis yang dinantikan tidak muncul. Sakit gigi adalah satu penyiksaan yang amat-amat tidak terkata. Memang, kesakitan walau dalam bentuk apa pun adalah gambaran yang tidak mampu diayatkan dengan sebarang kata puitis bentuk baru. Kalau yang klise itu sudah selalu-selalu kamu baca dalam novel dan cerpen. Membawa kerja pejabat ke rumah adalah habit yang tidak baik. Demikian nasihat seeorang teman sepejabat. Namun, dia tidak pernah mahu dengar. Bagi seorang boss yang tahu undang-undang tetapi tidak tahu makna bertimbang rasa, di hari dia bercuti sakit pun diperintahkan membuat panggilan itu dan ini. ps: Terima kasih untuk "Racun". Hari ini saya mahu mengadamnya. Terima kasih untuk kawan yang tidak saya tidak pernah ketemu tiba-tiba amengirimkan saya "Racun". Saya tidak pandai rebiu buku. apatah lagi untuk naskah yang bagi saya agak abstrak sepe...

Dia, sang permaisuri dan buku

Pagi tadi. Sang permaisuri menerima gajinya untuk bulan ini. Enam ratus empat puluh lapan ringgit tunai. Dan dia gembira tidak terkata. Itulah gaji termaksima yang pernah diperolehinya. Selama lebih kurang tiga tahun menjadi kuli tanpa KWSP. Dia gembira amat. Terasa macam orang kena nombor. Atau apa-apa jenis perjudian halal dalam undang-undang buatan manusia tetapi tetap haram di sisi syariat Pencipta. Sang permaisuri rasa mau melompat. Nilai enam ratus lebih terasa macam enam ribu lebih. Lalu dia mengajak lelakinya ke stor buku bersebelahan Planet Pena. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka namanya. Lelakinya. Berpusing-pusing tiga empat kali baru menemui jalan masuk ke stor buku tersebut. Tetapi kerana titah perintah sang permaisuri, dia tidak berani merungut-rungut. Apatah lagi setelah sang permaisuri merasuahnya dengan ayam goreng KFC. Dia setia. Menunggu permaisurinya memilih buku rujukan. Dia faham amat. Sang permaisurinya jika memasuki stor buku, pasti lamaaaaaaaa. Dari kedai buku ...