Langkau ke kandungan utama

“So many books, so little time.” ― Frank Zappa









Banyak la kau punya cengkadak alasan kan Lily?
Itu belum kira Kecubung dan ada beberapa buah lagi di dalam almari. 
Yang dipinjam dan dibeli.

Buku-buku dalam foto pertama adalah hadiah dari Hana Tajimakira semasa kami ngopi bersama tempohari.

Hadiahkan lagi ye? Eheh tamak la engkau Lily.

Bila nak mula marathon ni?

Buku mana dulu? Suggestion please!
Alah..balik-balik kau ulang Laskar Pelangi jugak.



Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
mulakan dengan yang nipis-nipsi dulu, cepat habis...

oleh itu, mulakan dengan Kecubung... keh keh keh
tasekM berkata…
laskar pelangi tu ada nampak kt umah bapak.
nnti aku nk pinjam la.

:)


.
m taufiq a aziz berkata…
wah. 'Hana Tajimakira' tokei perpustakaan rupanya..
puding roti berkata…
baca yg ada gbr ketapi tu dulu. yay!

hr tu g karnival karangkraf. byk novel2. tp beli majalah2 je sbb ramai sgt org nk mencelah. tp dpt jmpa RAM. cuma novel barunya belum beli. mls nk mencelah mencari2
lonelyroseblack berkata…
kak, kalau saya. simpan dulu. cari, beli lagi banyak-banyak..himpun lagi sampai satu lemari..haha.... :)

lepas tu amek cuti panjang, baru marathon.. :)
Lily Abdullah berkata…
Rose,
Agaknya kalau gitu, cuti sebulan pun belum tentu habis.

Adik puding,
Kita baca Kecubung dulu lah. mulakan denganyg nipis2 bak kata Nizam.

Tawaww,
Entah, rasanya lah kut. Kak lily tokey kedai buku. Eh..rasa nak buka jual buku lah hihi.

Tas,
Best Tas, aku rasa nak tgk lagi lah filem dia. Bak kata Sepa, macam nak melawar Belitong ha ha.

Zam,
Ye.ye..kak ikut cakap ko. Aku tipu. Apa pun aku tak baca lagi. Aku ulang balik Laskar Pelangi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...