Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Sekali lagi untuk hari kekurangan kata, sebuah lagu barangkali melukiskan rasa hati

Selamat hari Rabu teman-teman yang masih mengunjungi blog ini. Walau tuan punya blog sudah membisukan diri.

Sebagaimana yang kita mahu

Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang selalu menutup galau dan resah menerusi tawa dan senyuman. Dia menulis tentang dirinya, tentang dunianya. Dan untuk perkara-perkara lain dia tidak pernah ambil pusing. Selalunya. Teruja dengan diri, Kutuk rakan-rakan. Dia sememangnya seperti saya. Apabila menulis, dia akan menulis tentang hujan dan puisi. Setiap kali bercerita tentang kucing-kucing peliharaannya, dia akan ketawa riang. Apabila salah seekor kucing kesayangannya mati, dia akan sedih berhari-hari. Dia hanya meluahkan rasa melalui fiksi-fiksi dan puisi di blog. Kata seorang kawan, apa guna meluah rasa pada blog,twet dan fesbook.  Ada baiknya kau hamparkan sejadah, mengadu pada Tuhan.  Dia seperti dia. Dia kata "Oh! haruskah dicanang satu dunia maya, aku hampar sejadah dan bersujud dengan doa yang berpita-pita" Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang kadang keliru dengan pendirian sendiri. Selalu tidak sampai hati untuk berkata 'tidak' untu

Pagi

Bangun dan menguis kembali sisa-sisa kenangan. Pahit dan manis. Segalanya masih melekat di di sudut hati.  Hati yang kadang bagai laut. Kadang selapang langit. Kadang ada badai dan petir. Bangun dengan payah. Cuba melupuskan sisa-sisa kenangan. Rupanya ada sayang yang masih tertinggal.  Biar kelat, biar pahit. Apalah guna melupuskan kenangan yang enggan tanggal. Simpan dan sembunyikan ke jurang paling dalam. Tapi aku mahu kau tahu. Pagi ini. Rindukan kamu. Rindukan tren. Rindukan hujan. Rindukan sawah menguning. Rindukan sushi. Rindukan sambal tumis bilis ibu.  Rindu bau jerami. Rindu juga aroma teh hijau. Rindukan air batu disalut habuk kayu. Rindukan gemercing loceng basikal ayahanda. Aku juga mahu kau tahu. Pagi ini aku bangun dengan perasaan seorang yang 'loser' . Kosong. Tidak tahu bagaimana untuk bermula lagi.   Waima untuk bermain dengan ungkapan yang indah dan puitis.