Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Netty si bidadari

Obsesi terhadap langit

pinjam via Goole.com Netty si bidadari patah sayap sangat gemar mendongak. Melihat langit. Kadang cerah, kadang malap. Sekarang asyik malap kerana langit Disember asyik meruntuhkan hujan.  Dahulu, ketika kecil pertama kali diberitakan ada sorga; dia sangka sorga ada di atas sana. Kini, dia tahu. Sorga ada di dalam hati Neraka pun sama Ok! Ini metafora.   Sorga dan Neraka cuma ada dalam pengetahuanNya. Dia takut dilebel sesat.  Netty takut masuk neraka Apatah lagi, apabila petanda-petanda kiamat saban hari bisa dilihat. Ada pula ramalan kiamat sudah dekat

Realiti & Escapism

Penghujung Disember.  Ribut dek tangisan langit yang enggan berhenti.  Barangkali seperti mana Netty si bidadari patah sayap menangisi diam-diam takdir yang Tuhan ujikan untuknya.   Ayuh! Sedikit cuma. Sekelumit musibah buat kafarah dosa.  Ya Tuhan! Netty berdoa. Jangan sampai dia patah hati. Kufur nikmat. Ayuh, jadilah jentayu. Patah sayap bertongkatlah apa yang termampu. ***** Hujan berhenti saat Netty merenung seekor merpati. Loceng-loceng kecil yang tergantung di pohon berusia ratusan tahun sedikit basah namun masih bergemerincingan. "Aku akan pergi,"Ucap lelaki separuh abad itu kepada Netty.   Lelaki asing separa beruban menyambung pengucapannya. Katanya dia bakal melewati lautan dan hutan-hutan.   Mungkin hinggap di kota-kota tanpa penunjuk arah.        "Apakah kau mau menitip pesan? " Dia masih mahu berbicara dengan Netty   "Katakan aku bermimpi, tidur di bahunya. Da...

Disember, aku datang - Netty

Masih dengan rasa rindu yang paling dalam. Di mana lagi harus dikongsi sebahagian rasa kecuali di halaman ini . Dan, di luar sana, suaranya seperti selalu.  Langsung tidak lagi diperdulikan. Netty mendongak. Langit Disember masih serupa dua bulan terdahulu. Murung dan kelabu. Aspal basah melembabkan sepatu dan memperlahan langkah. Netty datang.  Fizikal masih sakit dan lesu.  Namun dia masih mampu untuk tersenyum.    Netty percaya teguh.  Satu musibah Tuhan ujikan, seribu kesenangan akan menyusul kemudian. ps: taip patuh ayam guna tangan kiri.

Netty si bidadari

Jam 5.00 pagi  Suhu berskala 24 darjah Celsius membuatkan tubuh Netty sedikit menggigil. Dia berharap, jika kekecewaan yang bergelodak di dalam hati adalah titisan embun. Kesdihan ini adalah air. Kepedihan ini adalah salji. Kemarahan ini bukan api, sebaliknya hujan. Semuanya akan mengalir ke taman-taman. Mengalir ke tasik, sungai dan laut. Membasahi pohon-pohon tandus. Jika ada yang sakit dan kehausan, biarlah air yang bertakung di kolam mata cantiknya  menjadi penawar. Netty masih kepingin memiliki jari-jari yang cantik dan sempurna.  Kesempurnaan dalam pengucapan dan suara yang merdu.  Petah berbicara. Tanpa semua itu, sayap-sayap yang dimiliki langsung tidak mengundang makna. MyNiceProfile.com

Mahu jadi bidadari (tapi bencikan sayap itu)

Selamat pagi dan selamat untuk detik-detik yang seterusnya. Hari masih kelam. Dingin. Matahari telah muncul. Walau langit sedikit mendung. Ninie berdoa pada Tuhan. Moga-moga dia bisa bertukar menjadi bidadari. Kecil dan comel! Sampai boleh mencelah masuk ke setiap saluran darah seorang anak muda. Menyelinap ke setiap degupan jantungnya. Lelaki yang dicintai Biar aku namakan dia Zul Hisham bin Harun Ar Rashid! *Ninnie macam Netty dan Poppy. Meraka bencikan sayap itu* carian pakcik goole.com ps; Jika  kucatatkan kisah sebenar, bunyinya sungguh palat. Dulu dan terkini.