Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tag lagi

Tutup (masih dalam pertimbangan):P

Pada suatu hari yang aku terasa benar-benar ingin menutup blog, menghentikan segala tulisan dan repekan karut-marut di sini, Ya..tiba-tiba aku rasa menulis merepek lagi merapu macam menelanjangkan hidup sendiri (serius beb!),tapi aku ada tag yang perlu dijawab ha! ha! (Satu alasan yang cukup baik bukan?) Tag daripada Cik Amirah . 1. Anda rasa anda hot? ~ Tidak, sangat ‘cool’ sebab sudah seminggu saya sakit(hati) haha! 2. Upload gambar kegemaran anda. 3. Kenapa anda suka gambar ini? ~ Aku suka melihat orang meredah hujan. Tanpa berpayung lebih cantik. 4. Bila kali terakhir makan pizza? ~ Gaji terakhir, sejak aku berhenti kerja. 5. Lagu terakhir yang anda dengar ? ~ Lagu dari blog terang, Manusia Bodoh- Ada Band. 6. Apakah yang sedang anda lakukan selain daripada selesaikan tag ini ? ~ Minum kafien tiga dalam satu. Sumber inspirasi tu haha! 7. Tag lagi enam orang ~ Oh!tidak, supaya aku tidak perlu menjawab soalan seterusnya.(soalan lapan hingga dua belas) ha! ha! Mahu dengar alasan ...

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam...

Melunaskan hutang piutang cyber(tag lah tu)

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere. Here are the rules to follow: 1) Put the logo on your blog. 2) Add a link to the person who awarded you. 3) Nominate at least 7 other blogs. 4) Add links to those blogs on yours. 5) Leave a message for your nominees on their blogs. Maaf! Hari ini saya malas mau menterjemah. Kakak yang manis ini telah menghadiahkan saya award ini. Lantas saya pun mau berkata dua patah cuma. “Lihatlah dunia” Terima kasih Kak Ja. Hehehe! Oleh kerana, saya sangat pemurah, maka dengan ini saya akan memberikan award ini kepada tujuh pengomen pertama entri ini. Silalah ambil dan jangan berebut okay . :p Dan ini pula tag dari adinda SHIMI. Katanya hidup ini indah. 'ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN' dan anda bakal mengondol anugerah ini. It should been done according to the followin...

Tag salam perkenalan

Saya mula ke blognya setelah melihat link di Soljahs dan dia merebiu Gangguan Teksual. Membaca dalam diam dan saya terpikat. Saya kira tulisannya tak kurang menarik. Dia barangkali penggemar tulisan Encik Pinter. Tiba- tiba “Chop! Anda telah ditag.” Entri pertama saya selepas balik kampung, adalah menjawab tag Cik Fisha. Tag untuk berkenal-kenalan ha!ha!ha! Lapan fakta rambang tentang saya. Jangan berkisah tentang peraturan, kerana saya paling suka melanggar peraturan. Saya sentiasa melanggar peraturan yang manusia reka-reka untuk kepentingan pihak tertentu dan saya mengalami kerugian dalam banyak perkara .(Oh ya! Malam ini rasanya kita patut merompak mana-mana stesyen petrol atau kita patut rompak mana-mana rumah tuannya telah menaikkan harga petrol.) Saya adalah sorang yang berdikari. Buktinya saya telah berkelana ke Osaka bersendirian tanpa menguasai bahasa Jepun dan hanya tau speaking English sikit-sikit. Saya adalah seorang yang berani. Saya bangga kerana berhenti kerja ketika k...