Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Terakhir atau barangkali banyak lagi

Terima kasih Tuhan, di sini aku terasa diriku 'ada' Secangkir Kopi Dingin,kosong tidak sehangat dulu ku sajikan untuk kamu mahu pergi dalam gelap bercelaru bukan membawa rajuk aku mungkin akan kembali sibuk mengatur kembali hidup sudah beberapa kali ku atur jarang sekali menjadi seperti ku mahu

Lima puluh enam ke empat puluh

Dia duduk-duduk di hadapan TV. Sambil menonton rancangan The Biggest Loser . Di tangan kanannya, ada sebiji burger separuh gigit. Tangan kiri menatang segelas Coke. Sebotol Coke di atas meja sudah tinggal separuh. Dia berdoa!

Sakit gigi

Rasa macam nak kurung orang dalam tandas awam  pun ada! PS:Bahasa aku 'baik' sikit dari bahasa dia kan? . . . Y ang , yu jangan kurung ai ye! . . Ok, tau,tau yu ramai peminat.

Rebiu Karipap-karipap Cinta

Apa yang anda bayangkan bila disebut 'karipap'. Sejenis kuih kegemaran ramai. Ada juga yang membayangkan unsur-unsur teeeet . Terpulang kepada anda. Saya baru selesai mengunyah "Karipap-karipap Cinta' hasil air tangan Vovin atau nama sebenarnya Nazri M. Annuar. "Karipap"yang saya perolehi dari bengkel AVA 11 April lalu. Lambat sikit nak megunyah, hatta karipap sekali pun. Al maklum, makcik sakit gigi. Susah hendak mengunyahnya. Saya membaca. Sambil ketawa mengekek-ngekek macam pontianak. Oleh kerana saya ponteng gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal saya(alasan: sakit gigi); maka tiadalah keberanian saya menghilai kuat-kuat. Walau hati saya, bagai digeletek-geletek bila membaca hasil tukangan Vovin ini. Gambar dan sinopsis di sini Karipap-karipap Cinta membuktikan bahawa cinta memungkinkan apa sahaja. Termasuk melakukan kerja-kerja gila tidak terjangkau dek akal. Vovin juga berjaya melunasi satira senario politik semasa menerusi watak

Sudah hilang seri

Tidak tahu mahu tulis apa sudah hilang seri sudah kurang ummpphh! Rehat sebentar hujan hari-hari yang basah begini barangkali tergelincir jika terus berjalan Dalam cahaya yang samar barangkali tersesat jika teruskan perjalanan

Menulis

Umpama menggubah sejambak bunga saya perlukan mata-mata kalian untuk melihat apa-apa yang terkurang dalam gubahan saya . . . , kadang saya tenggelam dan lemas sesat dan tak ketemu diri PS: Sukar mengorek sampah dalam mata sendiri.

Dilema

Kata teman-teman, dua cerpen saya dan entri-entri blog sangat ber'trademark' Jepun. Saya cuba lari dari mempunyai 'trademark'. Pelarian saya agak kurang menjadi. Mungkin kerana saya 'obses' dengan kebudayaan dan keindahan negara matahari terbit. Morita san, guru bahasa tidak berbayar saya telah berpindah beberapa bulan yang lalu. Sebelum berpindah, ditinggalkan saya CD dan buku kecil. Sekadar untuk mempelajari asas-asas bahasa ibundanya. Dia berpesan lagi. Menyuruh saya menyambung pelajaran dengan Watanabe san. Tapi macam selalu-selalu, saya perlu pergi tepat jam satu hingga jam dua. Ketika para petugas Muslim, balik berehat dan bersolat. Aduh! Bagaimanalah saya mahu pergi. Watanabe san itu lelaki. Saya ini perempuan. Dan saya tidak nampak sesiapa yang boleh dibuat kawan peneman. Supaya niat murni saya, tidak menjadi bahan gossip dan fitnah. Doraemon pun cakap Melayu. Bagaimana hendak belajar dengan Doraemon? Alangkah baiknya jika saya ada poket

Magis yang saya cari mungkin sedikit sebanyak saya temui semalam

Ini cerita sehari sebelum bengkel semalam. Malam itu, saya tidak tidur kerana cuba menyiapkan beberapa perenggan Bab 2. Saya hanya tidur sesudah bersolat Tup ! Sebaik sahaja sahaja, saya membuka mata jam di telefon sudah menandakan angka 10 am. Saya bangun dalam keadaan serabut, terus mandi, bersiap ala-ala kadar sambil meminta suami menghantar saya ke tempat biasa. Di dalam hati, saya amat marah kerana dia tidak mengejutkan saya. "Cuba awak tengok tarikh tu betul-betul.." Saya pun membelek semua kalender yang ada. Ha!ha!!ha! Salah tarikh beb ! "Tu lah, jadi musang lagi. Kalau sakit, diri sendiri yang susah. Awak tu bukan sihat!" Encik Suami saya membebel-bebel. Benar! Hari Sabtu itu, saya demam dan sakit gigi yang gila-gila. Sakit urat saraf tidak usah cerita lagilah. Malamnya, seawal pukul 9 pm, saya sudah tidur, Macam mayat. Apatah lagi dengan kesan Diazepam dan lain-lain ubat untuk mengawal 'uncontrol movement' saya. * * * Saya ke bengkel de

Tuhan, kirimkan saya magis

Akhirnya, saya akui menulis bukanlah kerja enteng. Ia memerlukan latihan panjang; fokus dan komitmen yang cukup berdaya tinggi. Sesungguhnya, menulis di halaman blog jauh berbeza dari menulis yang sifu saya istilahkan karya berlian. Saya semakin hilang fokus. Hilang kata-kata indah. Dengan bicara lain semangat/motivasi terasa turun ke kaki langit. Tersangkut di bab dua. Sudah saya paksa diri. Asyik buka tutup folder. Asyik sunting dan sunting. Ah! Tolonglah saya Tuhan. Berikan saya jalan keluar. Menulis adalah nyawa, yang buat saya rasa suara saya didengari. Tuhan, kirimkan saya magis! Atau saya harus mencari magis.

Bukan untuk sesiapa

KEMBIRIKAN EGOMU Sebentar tuan kembirikan egomu turun dari tahta mencemar duli ke sini lihat kami Ketika longkang kami tersekat dan lubang air tersumbat ada sesiapa ambil tahu Maaf tuan guna otak kamu berbalut kertas ijazah/phd itu tengok-tengokkan kami yang buta, capik dan terteleng-teleng Maaf tuan lupakan sebentar tajam penaku kerana lidahku tidak celupar sepetah kamu bila berjanji ambil peduli tentang kami Tuan Jangan kau asyik megira laba perut kami juga kelaparan ada hutang yang perlu dilangsaikan kami pun mahu segar bernafas.

Ketika kita belum bersedia untuk banyak peristiwa tentang kedewasaan

Saya betul-betul hilang akal untuk mencoret sesuatu di laman. Sudah lama tidak berfiksi. Jadi saya terbangkan enteri dari blog tersorok ke mari. Sekadar-suka-suka berkongsi cerita awal remaja. Insiden begini mungkin tiada kaitan dengan adik-adik dan anak-anak zaman sekarang di mana ibubapa lebih bersikap terbuka dan maklumat diperolehi di hujung jari. KAWAN MERAH. Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi. Dia angguk walaupun tidak faham. Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki. Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi. Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban. Dia tahu kenapa Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu. Entah datang dari planet-planet mana. Dia benci! Sunguh-sunguh! ‘Kawan merah’ ya

Kata kunci

Sudah dua minggu tidak mengemaskinkan blog. Jika rumah atau pejabat pastinya penuh sarang labah-labah, sarap-sarap sampah. Mungkin juga tahi cacak. Tadi saya memeriksa akaun Nuffnag. Dan kata kunci yang saya temui amatlah menggeletek hati. Di antaranya termasuklah yang berikut Jowopinter Qusnan Munazarif. Silalah bersuara seperti dahulu kerana ada orang sampai ke blog ini kerana mencari kamu ha!ha! waterlily blog 19 gambar rumput kerbau 2 gambar konvokesyen plpp bangi 2006 1 lukisan bunga water lili 1 apa bunga kesukaanmu?lily 1 cerpen pelangi 1 krayon maskara 1 bahan siaran tentang cinta 1 waterlilysicksadcity 1 jowopinter q. munazarif