Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi

Ulasan
Malas dah nak menulis di ruang maya ni.
Itu mungkin juga bahan untuk menceriakan ...mungkin
Cubalah tulis novel semula :)
Ashraf,
Ya..kena banyak2 rehat.
Nizam,
Agaknya tak dapat ilham sb kak cuba dok berenti minum kaffien 3 in 1 kut.
Heh! ada kena mengena kut.:D
Ps: Ati, akak tak sempat nak bagi tau.
Untuk sesiapa yang mengikuti perkembangan kesihatan Noor Muha, hari ini dia masuk ke hospital Selayang. Pempedahan dia dijadualkan pagi esok.
Sama2lah kita doakan agar beliau selamat dan kembali sihat.
Mai sechewennnnn..
Aku dah dekat setahun x mnulis pape, lagi la keji.
akak x kisah lagi pasal blog ni sgt. Ini cerita nak langkah lagi ke depan.
PS: Tak best la panggil ko Black, nak panggil adik kachak juga :D
petang tadi saya sudah diberitahu Muha tentang pembedahannya..
Semoga semuanya selamat.. Insya-Allah..
Semoga, insya-Allah. Kita doa-doakan
salamm,