Jam dua belas setengah malam. Encik Kay mengetuk-ngetuk gril saya yang berkunci. “Kak Ani, kak Ani! Kucing kak Ani ada kat tingkat atas, dalam rumah kosong yang cikgu Ijan tinggal dulu tu” Encik Kay dalam loghat Kelantan. Encik Kay, baru balik dari merambu ramba dengan rakan-rakan bujangnya. Walaupun dia telah berkelamin. Disclaimer: Ini bukan pesepsi saya, okay . Ini dakwaan isterinya Puan Dee; yang pantang bersua muka dngan saya. Maka pot pet, pot pet lah dia. Bercerita perihal suaminya itu. Suami yang muda lebih kurang sepuluh tahun darinya. Saya cuma anguk-anguk macam belatuk kerana saya juga orangnyanya, yang berusaha menemukan jodoh mereka. Alhamdulillah! “ Aiseh ! Macam mana ni?.”. Saya mengomel sendirian. Encik Kay menanti di luar. Saya pergi mengejutkan lelaki saya. Haram mau dia bangun. Marah saya adalah. “Abang tak nak bangun la Kay”. Saya beritahunya. “Tak pa, kejap lagi akak naik ambil” Demi Coco, saya sanggup berani. “Tak pa, jom saya teman” Encik Kay. Mengikut saya, me...