Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kehidupan

Perihal hati dan hidup

.................. Tiupan angin dan pusaran puing cebisan daun kering sore tadi membawa sekali wajah Nishiawaji yang terasa baru semalam aku lepaskan gengam tangannya. Dan seperti selalu-selalu, hati aku melarat-larat dengan seribu kenangan nan membunga. Terpalit cebisan-cebisan rindu pada apartment sempit rimas Kawakita san. Dan balkoni sempitnya, ditanam dengan ros berwarna kuning dan merah kecil-kecil kuntumnya serta pelbagai tumbuhan herba. Dan disiram bila perlu. Bila ada keperluan sahaja. Balkoni sempit itu, tempat Ayako merokok dan minum-minum usai selesai segala rutin hariannya. Tempat aku merenung neon dan lampu kenderaan di waktu malam. Aku bosan waktu malamnya yang bising hiruk-pikuk kenderaan, bunyian segala macam siren kecemasan selang jam tanpa henti. Juga jeritan siren keretapi dari stesyen Awaji yang tidak pernah mau mati. Aku sedikit bosan, ada sebegitu banyak kesunyian dalam diri. Pengambilan caffeine berbentuk cecair adalah investment sama sekali gagal meredakan r...