Langkau ke kandungan utama

Perihal hati dan hidup



..................

Tiupan angin dan pusaran puing cebisan daun kering sore tadi membawa sekali wajah Nishiawaji yang terasa baru semalam aku lepaskan gengam tangannya.

Dan seperti selalu-selalu, hati aku melarat-larat dengan seribu kenangan nan membunga. Terpalit cebisan-cebisan rindu pada apartment sempit rimas Kawakita san. Dan balkoni sempitnya, ditanam dengan ros berwarna kuning dan merah kecil-kecil kuntumnya serta pelbagai tumbuhan herba. Dan disiram bila perlu. Bila ada keperluan sahaja. Balkoni sempit itu, tempat Ayako merokok dan minum-minum usai selesai segala rutin hariannya. Tempat aku merenung neon dan lampu kenderaan di waktu malam.

Aku bosan waktu malamnya yang bising hiruk-pikuk kenderaan, bunyian segala macam siren kecemasan selang jam tanpa henti. Juga jeritan siren keretapi dari stesyen Awaji yang tidak pernah mau mati. Aku sedikit bosan, ada sebegitu banyak kesunyian dalam diri. Pengambilan caffeine berbentuk cecair adalah investment sama sekali gagal meredakan rasa sunyi yang bertandang hadir. Aku mulai memahami, mengapa Ayako gemar minum-minum dan menyedut nicotine. Dia, wanita tiga puluhan yang sunyi jiwa. Aku memahami kerana aku juga pernah melalui hari-hari itu. Hari di mana, sebaik sahaja mata kita terbuka; dan berharap untuk berada dalam pelukan seseorang. Pelukkan yang dihalalkan Tuhan.

Saban malam aku turun menjengah, jika ada kedai yang masih dibuka. Hanya Lawson dan aku membeli secawan caffiene untuk diteguk. Dan bebola mataku pastinya tertancap pada jalan lurus depan apartment separa mewah dan landasan keretapi di seberang sana; pastinya terfikir “oh, betapa aku tidak betah berlama-lama di sini”. Aku bayangkan, jika akulah penghuni apartment separa mewah itu, pastinya aku mati ditemani seekor kucing comel (kerana aku tidak mungkin memelihara anjing comel seperti mereka)

Isolation yang menyiksa jiwa mujurnya berakhir mengikut skala. Tapi aku terus extend kerana aku mau pulang dengan mencorak percik kenangan di kanvas kehidupan yang sama sekali tidak pernah aku duga. Mungkin tiada siapa memahami mengapa aku begitu teruja.

Antara hijau bendang, nyamuk agas, pacat lintah dan apartment mewah atau separa mewah kota Osaka serta penghuninya menjadikan aku kaya dengan sifat menghargai. Menghargai hubungan dengan Pencipta dan sesama makhlukNya.

Malam ini, entah benar aku ini begitu mengerti apa yang benar dan tidak. Atau aku perlu mencongak lagi. Perihal hati dan hidup.

Ada waktunya sangat subjektif.

..........................




11 November 2008
3 am

Ulasan

tasekM berkata…
3 pagi tak tidur lagi kak?




.
ckLah @xiiinam berkata…
Dia baru lepas qiamul lail laaaa Tasek.....
Anonymous berkata…
lambat tidur..ya salahkan virus virus yang menyerang komputer.

he he he
Cikgooden berkata…
aku baghu nak tegoq...jam 3 pagi tak tidoq..si kak Tasik dah tanya..waei..tasik..aku tak puas hati betul..


kak WL: hang taip pukoi berapa pun...aku tetap baca..ha ha ha
Ck berkata…
kak ..........aku memang baca sker kalau ko tulis2 camnih.
hegira berkata…
erm. saya juga selalu berangan tinggal di rumah sewa kecil dua tingkat di bandar bandar di jepun. dan waktu malam, berjalan pulang.
Aku cuba bayangkan sebuah Balkoni yang ada bunga ros kuning dan merah kecil itu....
INDAH & hati menjadi ceria
Aku suka membaca blog ini kerana ada nurkilan yang mendekatkan alam dengan kemanusiaan...
[Semoga terjawap pertanyaan yg lepas]
Rajuna berkata…
akak ni buat aku rasa jepun dekaaat di hati.

selamat beramal. renong2kanlah!
tasekM berkata…
cekgudeen, tak puas hati jom aaa gadoh.

ha ha.
13may berkata…
ni tido lewat...bgun kul bape nih??

hehhe hehhe
Teringin mempunyai rumah berbalkoni .... Hmmm....
pengkao berkata…
lamanya tak singgah..
akak apa khabar?
A t i Q a h berkata…
Kadang-kadang kan kak. Saya tak sabar nak jadi besar. Lepas tu tengok balik plot hidup saya.
Sri Diah berkata…
Kita selalu teringat masa silam. Tapi sebenarnya esok akan menjadi masa silam kita, oleh itu jadikan esok seperti mana yang kita mahu...
Sastri berkata…
ada beberapa entri akak yang seakan-akan relevan dengan apa yang saya rasai/lalui... mungkin konteks berbeza...

saya masih berhutang tag dengan akak... insyaAllah, nanti saya langsaikan...
SATIRA + KACAU berkata…
Sdr Lily: Cantik sungguh "bab novel" Sdri yang ini. Teruskan menyambung dan niatkan terus sebagai sebuah novel. cantik.

Satira + Kacau

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...