Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel AIDIFITRI

AIDILFITRI 2004 - TERIMA KASIH ABAH

Lembaran ini saya catatkan ketika saya selesai bersolat, sesudah saya berdoa dan menghadiahkan al-Fatihah kepada seorang lelaki yang paling istimewa dalam hidup saya. Setiap saat saya tidak pernah berhenti merinduinya dan sering saya titiskan airmata mengenangkan kesilapan yang pernah saya lakukan terhadapnya. Abah,papa,ayah atau apa ja gelaran yang ada pastinya akan merujuk insan yang sama. Seorang lelaki yang begitu besar jasanya, cinta dan kasih sayangnya telah meletakkan kita ke dalam rahim ibu – kemudian dilahirkan ke dunia…. Untuk kita mengenal bulan, bintang dan matahari. Seterusnya untuk kita mengenal Pencipta dan diri sendiri. Tanggal 12 November 2004, saya telah kehilangannya. Abah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Mana mungkin saya melupakan hari itu. Segala-galanya seperti baru semalam terjadi. Segala penderitaan yang kami sekeluarga harungi dalam masa setahun itu terlalu sukar mahu dilupakan. November 2003, abah disahkan mengidap kanser perut dan perlu menjalan...