Di kampung saya, sebenarnya ada ramai orang kurang upaya. Tapi kebanyakkannya tidak mendaftar,mungkin kerana lebel tersebut. ....OKU. Kita memang OKU- apa yang hendak dimalukan....tiada apa yang hendak disorokkan. Tapi manusia tetap manusia,punyai pelbagai ragam dan pandangan. Sewaktu kecil saya juga ada lebel/gelaran yang memalukan saya. Saya rasa diri sungguh "kecil' dengan gelaran yang memalukan....ahhh..zaman anak-anak, banyak yang kita tidak faham kerana mungkin ibu ayah tidak mengajar kita untuk memahami ataupun kita sebenarnya jenis bengap dan degil. Rasulullah s.aw. bukankan pernah berpesan - tidak baik memberi seseorang gelaran yang buruk-buruk, lebih-lebih lagi gelaran yang menyakitkan hati penerimanya. Adakah anda tidak bacakan hadis untuk anak-anak? Uztaz/cikgu bagaimana? Jiran-jiran anda bagaimana?Iya...jawapannya cukup mudah - kita sudah terbiasa hidup dengan gelaran samada ianya positif maupun negatif. Saya takkan beritau apa gelaran yang saya terima waktu zaman...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi