Oh Tuhan! Termampukah aku menulis yang indah-indah, dengan bahasa yang molek mulia, dengan prasangka yang baik-baik ketika melihat bangsaku mengkejami bangsaku. Bangsa yang mengucap "Tiada Tuhan, selain Engkau." Dan bangsa yang mengaku "Nabi Muhammad saw itu pesuruhMu". Yang ada-ada menindas si papa. Yang cerdik pandai mengambil kesempatan. Yang berkuasa membela anjing-anjing untuk mengigit bangsanya yang tidak bersatu suara dengannya. Dan anjing-anjing itu juga terdiri majoriti bangsaku. Kenyang disuap tulang-temulang babi, maka menyalaklah ia dan tunjuk taat setia sambil menggigit mangsa. Oh Tuhan! Kau ampunkanlah aku ketika aku tidak berdaya menegakkan ajaran yang disampaikan kekasihMu.. Di hari ulangtahun keputeraannya, sambutan-sambutan adalah retorik semata. Airmata aku tumpah lagi. Dunia ini dan isinya telah tua barangkali. Kepada balaci-balaci, pencacai dan penzalim dalam bentuk yang pelbagai, tahukah kamu doa orang dikejami sentiasa didengar Tuhan? Oh Tuhan...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi