Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel aku dan Khadijah

Sebuah coretan yang terjah-terjah

Rasa macam ingin menulis suka-suka hati. Mungkin macam karangan budak darjah satu. Blog saya, tentulah ceritanya banyak berkisar tentang saya. Tentang hidup saya. Tentang keterujaan dan kesukaan saya. Ya! Saya masih teruja bertemu AJ dan Pyanhabib di Maskara. Tengah-tengah malam buta, saya telefon Khadijah dan jerit “ Oii ! Adik, hang nak tau aku jumpa Pyanhabib yang kita suka sangat masa muda-muda dulu” Dan saya gelak mengekek-ngekek macam pontianak mengusik anak teruna sunti di malam hari. “ Hang ni mamai ka apa? Kut ya pun nak cerita esok-esok laa ..aku nak tidoq ni ” Khadijah terus matikan telefon. Saya kira, pasti Khadijah sedang menghamun kutuk kesewelan saya. Esok via MMS, saya kirim gambar Bro Pyan serta foto-foto saya bersama Alina dan Muha. “ Awat hang kak?” Khadijah via sms. “ Awat nya?”Balas saya. “Baju hang , sebijik macam baju Kak Long” Khadijah via sms lagi. Ceh ! Saya sudah agak, Khadijah akan kutuk pakaian saya. (Makluman: Kak Long, anak dara Khadijah saya yang d...

Aku,Khadijah dan tren

Tahun sembilan belas lapan puluh lapan. Aku di tingkatan enam rendah. Khadijah di tingkatan lima. SMGC. Kami kumpul wang belanja sekolah. Pemberian allahyarham abah. Kami menaiki bas MARA. Yang berdinding karat. Penumpangnya hanya beberapa kerat. Dari rumah ke pekan Sungai Petani. Tujuannya tiada lain. Kepingin menaiki kenderaan bergerabak milik KTMB. Destinasi kami pekan Alor Setar. Di situ ada Hankyu Jaya . Dan kami dapat tonton filem Ogy dan Eman. Di situ ada franchise KFC. Nostalgia sungguh. Dan Kak Cik Kamariah, sepupu kami. Pertama kali mendapat gaji. Memperkenalkan kami makanan tersebut. Enak. Kerana kami jarang sekali menjamah ayam. Yang ada dalam menu harian keluarga, kerap kali kangkung goreng belacan dan ikan. Kangkung yang emak pungut dalam sungai belakang rumah. Nostalgia sungguh. Dalam keretapi (waktu itu belum dipanggil komuter),kami bergurau-gurau dan usik-mengusik. Mesra sungguh. Dan. Khadijah akan bulatkan matanya kepada sesiapa sahaja yang asyik merenung aku. Khadi...