Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel satu persahabatan

Blouse berwarna oren

“Kak, kalau ada kelahiran semula kau mahu jadi apa? “Tanya Saerah. “Erra?” Aku memulangkan soalan itu kembali. Seperti selalu-selalu. “Aku mahu jadi bidadari kak.” (Pause!) “..tapi bukan di atas kerusi ini.” “Hello, engkau memang bidadari dik!” Aku kata. Dia tersenyum. Malam tadi, aku mimpikan dia. Mimpikan Saerah. Kemesraan kami yang dulu. Selepas mengemaskan pakaian lama, aku temui blouse berwarna oren pemberian Saerah. Sudah tidak muat lagi pada tubuh. Saerah, aku tidak pernah melupakan budi baikmu; adat persahabatan kadang kala terconteng luka tanpa sengaja. Aku rindu pada Saerah. Sama seperti aku rindu memakai blouse oren pemberiannya. Sama seperti aku merindui tubuh kurus empat puluh dua kilogram. Empat tahun yang lalu. Hari pertama, aku berjabat salam dan mengenali Saerah. Hari itu juga, aku mengenali Encik Suami.

Selamat malam Ayako!

Ayako yang baik budi! Di malam-malam kedinginan begini aku sentiasa akan mengenang kamu. Oh! Pokok ros yang aku tanam telah berkembang kuntumnya. Agak besar dan aku tidak begitu suka melihat warnanya yang merah kehitaman; seakan darah. Aku lebih sukakan yang ada di balkoni sempitmu; yang kuntumnya lebat dan kecil-kecil. Berwarna merah terang dan kuning Sekuntum cuma! Cuma sekuntum! Ros itu cuma sekuntum kembangnya. “ You should gardening !” Pada suatu malam kau sarankan padaku sambil tersenyum manis. Bertambah manis dengan lesung pipitmu. Sambil-sambil mulutmu mengunyah Oshizushi dan aku hanya menjadi pemerhati. “Aku tiada masa.” Alasan tipikal yang selalu aku beri padamu. Engaku memang baik budi dan memahami. Engkau keluarkan semua pinggan cawan baru dan belikan aku sepasang kuali baru semata-mata menghormati agamaku. Memahami aku sebagai Muslim, aku tidak boleh menggunakannya kecuali barangan tersebut kecuali disamak. “ The dirties one ?” Engkau ingin tahu tentang khinzir lebih lanj...