Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum? Mungkin begini. Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya. Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya. Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah. Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya difitnah. Dalam sms yang dikirimkan kepada saya dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya it...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi