Angin berhembus lembut. Namun senafas udara yang dizahirkan cukup menghangatkan suasana. Daun pintu ditolak perlahan. Anne sedikit kaget. Angin sekali lagi menghembuskan senafas udara hangat. Sekali lagi menujah lembut daun pintu. Kepanasan meruap-ruap dan menampar wajahnya tanpa silu. Anne mahu tidur. Jika dapat biar malam menjadi sepanjang dua puluh empat jam. Biar tertimbus semua kenangan pahit dalam tidur itu. Biar semuanya kaku dan beku tanpa nafas. Namun, dia tahu itu bukan kehidupan. Itu kematian. Kematian belum pasti tenang dan mengamankan rasa. Bangkit! Ya..dia harus bangkit dan buktikan yang dia bukan seperti mereka katakan. Di dapur, si ibu kucing mengiau keresahan. Anne bangun melihat anak kucing tepok yang baru seminggu dilahirkan di dalam rumahnya. Hati Anne menjdi hiba amat meliha si comel kecil memandang manja ke arahnya. Mata si kecil comel itu seolah berbicara "Sahaja Tuhan takdirkan ibuku melahirkan aku di di dalam rumahmu. Barangkali...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi