Langkau ke kandungan utama

GG saya....


Saya ambil GG dua bulan yang lalu..kesian sebab ibunya meninggal. Lagipun saya tidak biasa hidup tanpa kucing. Lagipun GG sangat bijak...lansung tidak menyusahkan saya yang al maklum tersangat sibuk. Dia tahu menggunakan tandas..mungkin ada yang tidak percaya - tapi dia memang bijak...cuma dia tidak tahu "flush" saja. Waktu saya ke Osaka,saya pesan dengan suami jaga kucing saya baik-baik. Malangnya suami saya ni tidak pegang amanah. Bila balik ke rumah mertua saya,dia bawa GG bersama. Adik ipar saya pun jenis yang sayangkan kucing. Jadi dialah yang menjaga GG selama ketiadaan saya.
Bila saya balik, suami saya minta balik GG. Jangan haraplah Ennie(adik ipar saya) nak pulangkan balik. Siap dia tukar nama lain dah..KIKI..bukan GG saya lagi...saya dah tak ada kucing hu...hu..hu.....

Ulasan

The Purple Cat berkata…
This cat is so comel!!
I can understand why your adik ipar is keeping the cat. And I can fully understand your loss.
Take care.
Lily Abdullah berkata…
Thanks purple cat. How's your trip? Yup she really cute...I missed her...may be try to adopt the other one :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...