Langkau ke kandungan utama

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG....

“Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri;lebih baik di negeri sendiri.” Sudah lama saya tidak mendengar perpatah Melayu ini diungkapkan. Lagipun ramai orang Melayu(termasuk saya) sudah terlupa akan keindahan Bahasa Melayu – kerana mengejar kemajuan. Hidup sebagai perantau( walaupun sebulan) amat menyiksakan bagi saya. Setiap hari saya rindukan negara saya,keluarga,kawan-kawan dan kucing saya. Jadi saya tabik kepada mereka yang menjadi perantau selama bertahun-tahun samada bekerja atau mengejar ilmu. Mungkin bak kata perpatah ‘alah bisa tegal biasa’. Mungkin mereka juga seperti saya – ingin mencari sesuiatu yang lebih baik untuk masa depan.

Saya rasa sukar bila terpaksa pulang sendirian ketika malam hari hanya bertemankan touch light dan lakaran peta yang dilakar oleh Aya Kawakita. Pada mnggu pertama, dua kali saya tersalah lorong. Minggu ke empat saya harap saya tidak tersalah lorong lagi untuk ke studio latihan persembahan. Aya berikan saya lakaran peta baru untuk ke stesyen keretapi dan pulang ke apartmentnya. Pejabat Ms. Kim ditutup pada minggu persembahan dan lokasi saya menimba ilmu juga berubah. Saya rasa keseorangan di negara asing. Di Kuala Lumpur,saya tidak berani keluar malam. Pendek kata, saya tidak akan ke mana-mana tanpa bantuan suami. Betulkah saya telah berdikari? Tiba-tiba saya terasa malu hendak mengaku saya ‘independent woman’. Selama ini saya terlalu bergantung kepada suami rupanya – Baru saya terfikir bagaimana kalau suami saya tiada - tentu hidup jadi sukar. Sebagaimana allahyarham abah tinggalkan saya dulu. Saya tidak sempat untuk belajar betul-betul cara berdikari sebab setahun kemudian Allah hantarkan suami sebagai pengganti. Di Osaka city, saya belajar sesuatu – BERDIKARI. Memang mencabar dan menakutkan,memang sukar – tapi itulah yang mengajar kita menghargai apa yang kita miliki hari ini.

Bagaimana teater di pentaskan di Jepun?

Pertamanya – saya anggap persembahan Ms Kim & Taihen performance Troupe bertaraf world class. Jadi saya rasa dia akan pentaskan teaternya di tempat atau bangunan mewah setaraf KLPAC atau Istana Budaya. Tapi saya tersilap sama sekali. Bayangkan ianya cuma dipentaskan dalam sebuah bangsal ala ‘funfair’ tetapi dengan nilai estatika yang cukup mengkagumkan. Dibantu oleh beberapa orang staff tetap,tenaga professional dan sukarelawan mereka berjaya menghasilkan persembahan yang cukup bertenaga dan bernyawa. Tanpa dialog – hanya ekspresi wajah & tubuh mereka berjaya menarik perhatian ramai penonton. Itulah keunikan ‘bahasa tubuh’(body language). Ia tidak akan membohongi sesiapa. Tapi lidah kita akan sentiasa berbohong dan bersifat munafik. Konsep seni pesembahan ini sangat simple – “Enjoy your disability and use it advantages to create a piece of unique art. “ Lagi satu falsafahnya ialah “the ugliness is beautiful”

View yang berbeza – bukan dari horizontal view tetapi view dari tempat pembaringan. View from the ground –from bedridden view. Ideanya agak “gila” bukan? Tapi salahkah jika orang hodoh sekali- sekala dibawa naik ke pentas atau dipertontonkan di kaca tv dengan preconception yang hebat? Orang cantik sahajakah yang boleh ke atas pentas? Orang cantik akan bertukar hodoh juga bila tiba pusingan harinya bukan? Kenapa ada orang cantik – pada pandangan saya orang cantik wujud sebab adanya orang hodoh. Di mata Tuhan kita adalah manusia – hakikatnya darah tetap berwarna MERAH.
Sesekali apakata kita berbaring dan bayangkan diri kita seorang ‘bedridden’. Segala pergerakan adalah terbatas; inginkan sesuatu tapi terpaksa dilupakan kerana diri tidak berdaya. Ingin bersuara tetapi tidak berdaya – hanya menerima dengan terpaksa apa yang diperlakukan oleh orang lain ke atas mereka. Bersuara sedikit – dikatakan “kaki kritik”. Anda yang bekerja dengan orang kurang upaya seperti ini – lebih-lebih lagi yang makan gaji,beringatlah. Mungkin anda akan mendapat banyak pahala atau menanggung segunung dosa. Tanpa mereka – mungkin tiada rezeki untuk anda dan keluarga. Jadi jangan merungut bila anda rasa mereka sungguh menyusahkan. Saya menulis untuk mengingatkan diri saya juga – selama ini walaupun saya OKU,tetapi saya tidaklah begitu ‘severely ‘sehingga saya lupa perasaan mereka yang ‘bedridden’. Terima kasih untuk Mrs. Kim yang sudi mengingatkan saya.

Cabaran utama saya – mencari makanan halal yang satu selara dengan tekak saya teramatlah sukar. Saya selalu minum teh tarik;tekak saya tidak boleh terima teh tanpa gula. Lebih baik saya minum air kosong. Pendek kata makanan di Jepun semuanya ganjil(dan mahal) untuk tekak saya. Akhirnya,saya makan roti….ahhh siksanya. Berat badan saya pun turun. Satu ‘advantage’. Saya cuma rindu untuk berbuka puasa dan bersahur bersama suami dan keluarga. Saya rindukan mak yang sedang sakit. Saya rindukan azan,masjid dan solat tarawih berjamaah. Saya rindukan segala-galanya.

SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA

Ulasan

Hamizi Hamdan berkata…
wah melancong nampak... saya belum pernah ke luar dari semenanjung malaysia lagi...

p/s: saya dah buat link blog ini dalam blog strategikerja saya... dah lama nak buat tapi selalu terlupa...
NoraHash berkata…
Salam, bila balik Mesia? Jangan sedih2 'absence makes heart grows fonder .....'

Berkenaan persembahan ala2 funfair tu saya setuju kalau di Mesia dapat buat begitu...bukan apa di Mesia rakyat biasa tak mampu nak gi tempat best2 dan mahal2...apa kata satu hari nanti buat road tour kat Mesia?
Love berkata…
Dear, I am from Indonesia a country with many islands.
Let's change information.
Thank you.
The Purple Cat berkata…
You write so beautifully. It is a gift. You are gifted :)

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, waterlily/missycat.
I will be in Japan too, by tomorrow... and I pun tengah pening kepala what foodstuffs to bring memandangkan makanan halal susah nak cari di sana.
Lily Abdullah berkata…
SALAM AIDILFITRI..t kasih sudi bertandang & salam networking.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.