Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Abang Teh, mohon diampun segala dosa adik

Abang Teh yang adik sayangi, Tika entri ini ditulis, abang barangkali sudah selamat bersemadi di perut bumi. Mengadap Dia Yang Maha Esa. Tadi, Khadijah memaklumkan kira-kira jam 7.00 malam, abang telah kembali kepadaNya. Malangnya, Khadijah terlewat memaklumkan. Kira-kira jam 11.00 malam baru Khadijah telefon. Abang Teh yang adik sayangi, Waktu Khadijah memaklumkan khabar sedih itu, adik tidak terasa apa-apa pun. Setitik airmata pun tidak menitik. Sejujurnya, adik tidak merasa sedih sedikit pun. Entah apa sudah jadi dengan hati adik, menangis hiba kerana matinya seekor kucing,  Tapi, tidak pula merasa kehilangan di atas ketiadaan abang.  . Waktu kita kecil abang, kita  begitu akrab. Kita kongsi semua. Buah epal, roti,kek dan ais krim. Makanan mewah di zaman kecil kita. Ikan tamban kering adalah lauk rutin yang selalu kita kongsi. Kalau abang makan pisang, abang akan beri adik separuh sekiranya tidak cukup. Nasi yang adik tidak habiskan abang akan habiskan kerana kita ...

Tanah Kubur

Aku digeruni, tidak pernah menjadi rebutan semua tahu mati itu kebenaran manusia jarang mahu ambil peringatan Aku digeruni, ketika talkin dibacakan selesai mayat dikapankan munusia kembali berbicara  tentang tanah bernilai jutaan ~ 24 Jun 2011~