Selamat ulangtahun kelahiran yang ke tujuh Muhammad. Mudah-mudahan kau benar-benar menjadi yang terpuji Jika kau sehelai kain putih, belum separuh kami corak warnakan hidupmu. Kau istimewa, kerana satu-satunya zuriat lelaki dalam keluarga. Dewasa nanti kau, bonda doakan menjadi pendinding kedua kakak dan adik perempuan Besar menggunung, setinggi awan; bonda sandarkan seribu harapan Mudah-mudahan, engkau berakhlak seindah Nabi Junjungan SAW. Selamat ulangtahun yang ke tujuh Muhammad. Mudah-mudahan kau benar-benar menjadi yang terpuji ~ bonda menulis, bagi pihak bondamu Khadijah~ Ps: Selamat hari guru untuk guru-guru yang dikasihi dan teman-teman blogger yang bergelar guru (secara rasmi ataupun sebaliknya)
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi