Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerpen tesiar

Fiksimini yang bertukar wajah

Ini sahaja yang dapat saya kemaskinikan. Mencuri waktu dalam kesibukan. Sebetulnya saya tidak gemar mengggunakan kemudahan di tempat kerja untuk tujuan peribadi. Tapi saya terpaksa. Hanya rakan blogger terdekat sahaja yang tahu ke mana saya mnghilang. Terima kasih untuk sifu Azmah Nordin, Puan Nisah Haron dan rakan-rakan AVA yang tidak jemu menyokong. Terima kasih sekali lagi untuk pengunjung blog dan Majalah MW yang menyiarkan cerpen saya untuk kali kedua walau terdapat cantasan sana sini mungkin kerana kesuntukan ruang. Terima kasih untuk Fadhilah Ma'arif, rakan AVA yang memaklumkan saya menerusi email.

Siaran semula Cerpen"Pelangi Cinta Watanabe"

Bukan mahu berbesar diri, tetapi cerpen "Pelangi Cinta Watanabe" saya disiarkan kembali di halaman ini semata-mata menghormati permintaan sifu saya - Sifu Azmah Nordin. Moga-moga yang tidak sempat membacanya dan rakan-rakan sekelas maya saya memperolehi munafaat dengan siaran semula di sini. Saya juga berharap ada kritikan yang membina; maklumlah saya budak tua yang sedang bertatih dengan pena. MALAM itu dingin. Gelap kehitaman menempel pekat di dada langit. Bagai contengan rona hitam yang dipalit-palit tanpa tujuan di atas kanvas siang tadi. . Gelap dan pekat kehitaman memyiram mana-mana posisi yang diingini. Kedinginan begitu menyentak tubuh. Ninnie cuma bersendirian. Dia seolah mendengar langit gelap berbisik, “Dia telah membuatmu menangis, adakah kau mahu terus mencintainya?” Ninnie bungkam. Dia masih mendongak ke langit yang gelap. “Wahai bintang, apakah kau meninggalkan langitmu malam ini?” Angin berhembus semakin perlahan dan kedinginan semakin teras...

Sepasang tangan ini

Sepasang tangan. Di antara anugerah Allah SWT yang paling nikmat. Kalau anda kehilangannya; atau keduanya tidak berfungsi seperti yang anda inginkan anda akan tahu bagaimana rasanya. Sebagaimana Tie, Siti, Neesa, Alia(dan lain-lain yang tidak saya sebutkan namanya di sini). Kerana saya mengerti sepasang tangan seorang manusia Cerebral Palsy juga begitu. Saya hanya mengetik askara menggunakan dua jari untuk menghasilkan ini. Terima kasih untuk Sifu Azmah Nordin Rakan-rakan AVA yang mendorong Puan Nisah Haron Rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog di waktu terang dan di waktu kelam Terima kasih untuk Encik Marsli N.O. yang di awal-awal pagi mengirimkan saya sekalung tahniah.

Akhirnya!

Akhirnya, merasa sedikit bertuah mampu melangkah perlahan-lahan. Sedikit ke hadapan setelah bertahun-tahun bertatih di dalam diari-diari usang dan blog. Permulaan yang cukup bermakna untuk melangkah ke tahun baharu. Rujuk blog AVA untuk maklumat lanjut. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menunjuk jalan. SALAM AIDILAHDA! PS: Jika ketemu nama Lily Mariana Abdullah di mana-mana media arus perdana, sila maklumkan saya.