Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nostalgia

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru. Ya! Seekor katak puru. Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya. Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya. Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa. Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan ...

Aku,Khadijah dan tren

Tahun sembilan belas lapan puluh lapan. Aku di tingkatan enam rendah. Khadijah di tingkatan lima. SMGC. Kami kumpul wang belanja sekolah. Pemberian allahyarham abah. Kami menaiki bas MARA. Yang berdinding karat. Penumpangnya hanya beberapa kerat. Dari rumah ke pekan Sungai Petani. Tujuannya tiada lain. Kepingin menaiki kenderaan bergerabak milik KTMB. Destinasi kami pekan Alor Setar. Di situ ada Hankyu Jaya . Dan kami dapat tonton filem Ogy dan Eman. Di situ ada franchise KFC. Nostalgia sungguh. Dan Kak Cik Kamariah, sepupu kami. Pertama kali mendapat gaji. Memperkenalkan kami makanan tersebut. Enak. Kerana kami jarang sekali menjamah ayam. Yang ada dalam menu harian keluarga, kerap kali kangkung goreng belacan dan ikan. Kangkung yang emak pungut dalam sungai belakang rumah. Nostalgia sungguh. Dalam keretapi (waktu itu belum dipanggil komuter),kami bergurau-gurau dan usik-mengusik. Mesra sungguh. Dan. Khadijah akan bulatkan matanya kepada sesiapa sahaja yang asyik merenung aku. Khadi...