Langkau ke kandungan utama

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru.

Ya! Seekor katak puru.

Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya.

Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya.

Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa.

Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan di waktu apa-apa pun. Puasa, hari raya dan hari-hari selebihnya tiada banyak bezanya buat kami sekeluarga. Di bawahnya, kami berkongsi dengan kadang lima enam ekor katak yang mungkin menjijikkan orang lain. Paling merbahaya, kadang rumah kecil tepi sawah kami dimasuki ular tedung.

Kami, tetap makan dengan berselera juga. Membesar tanpa tv atau kilauan lampu elektrik. Menjadi matang dan dewasa dengan cerita teladan dari mulut abah.

Saya akan berpindah ke rumah kuarters yang lebih selesa selepas hari raya.

Dan saya, akan merindui katak yang sedang melompat-lompat mencari rezekinya di waktu entri ini ditulis.

PS: Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

Ulasan

pakurawan berkata…
wah, beralaskan tanah?


seriusly?
Lily Abdullah berkata…
Hazen,

Saya tidak brmain-main tentang hidup saya dan kemiskinan walaupun saya seorang penulis cerita2 fiktif.
tasekM berkata…
katak...? aku pengsan.

aku kalau nampak katak, aku punya lompat lagi dasyat dr katak tu kak.... ha ha.



.
ibundo berkata…
selamat hari raya lily. Maaf sudah lama tidak menyapa...
Tanpa Nama berkata…
Kak Lily,

Selamat Hari Raya. Rindu kat akak. Kalau Muha contact akak, sampaikan salam saya padanya.
Najmuddin Yusoff berkata…
Selamat hari raya. Sampaikan salam juga kepada si katak yang tidak berpuasa. Dia tak boleh raya!
Ismail Fitry berkata…
Klasik...Klasik....memang Klasik...

Salam lebaran. Silap dan salah maaf dipinta walau baru kenal.

Ismail Fitry & Family
Palmerston North
New Zealand
Kujie berkata…
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf zahir dan batin
Brader Black berkata…
Kalau lu boleh survive dengan kesusahan pada waktu umur yang masih pucuk, maka lu adalah orang yang boleh bawak diri dalam apa jua keadaan, walaupun kadangkala lu hanya mampu untuk berfantasi menikmati hidup yang serba mewah.

Pengalaman itu adalah guru yg terbaik.

Dan gua akan terus percayakan hal itu.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...