Langkau ke kandungan utama

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru.

Ya! Seekor katak puru.

Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya.

Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya.

Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa.

Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan di waktu apa-apa pun. Puasa, hari raya dan hari-hari selebihnya tiada banyak bezanya buat kami sekeluarga. Di bawahnya, kami berkongsi dengan kadang lima enam ekor katak yang mungkin menjijikkan orang lain. Paling merbahaya, kadang rumah kecil tepi sawah kami dimasuki ular tedung.

Kami, tetap makan dengan berselera juga. Membesar tanpa tv atau kilauan lampu elektrik. Menjadi matang dan dewasa dengan cerita teladan dari mulut abah.

Saya akan berpindah ke rumah kuarters yang lebih selesa selepas hari raya.

Dan saya, akan merindui katak yang sedang melompat-lompat mencari rezekinya di waktu entri ini ditulis.

PS: Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin :)

Ulasan

Unknown berkata…
wah, beralaskan tanah?


seriusly?
Lily Abdullah berkata…
Hazen,

Saya tidak brmain-main tentang hidup saya dan kemiskinan walaupun saya seorang penulis cerita2 fiktif.
tasekM berkata…
katak...? aku pengsan.

aku kalau nampak katak, aku punya lompat lagi dasyat dr katak tu kak.... ha ha.



.
ibundo berkata…
selamat hari raya lily. Maaf sudah lama tidak menyapa...
Adliff berkata…
Kak Lily,

Selamat Hari Raya. Rindu kat akak. Kalau Muha contact akak, sampaikan salam saya padanya.
Najmuddin Yusoff berkata…
Selamat hari raya. Sampaikan salam juga kepada si katak yang tidak berpuasa. Dia tak boleh raya!
Ismail Fitry berkata…
Klasik...Klasik....memang Klasik...

Salam lebaran. Silap dan salah maaf dipinta walau baru kenal.

Ismail Fitry & Family
Palmerston North
New Zealand
Kujie berkata…
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf zahir dan batin
Brader Black berkata…
Kalau lu boleh survive dengan kesusahan pada waktu umur yang masih pucuk, maka lu adalah orang yang boleh bawak diri dalam apa jua keadaan, walaupun kadangkala lu hanya mampu untuk berfantasi menikmati hidup yang serba mewah.

Pengalaman itu adalah guru yg terbaik.

Dan gua akan terus percayakan hal itu.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc

Sebuah cerita ketidakprihatinan.

Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan) Satu. Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa. “Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari